- Konsortium Perkapalan Bhd. (Mirzan Mahathir)
- Najib said : Was Mirzan your son when he built up Konsortium Perkapalan in the 1990s which eventually needed a bail out from Petronas via MISC in the economic crisis of 1998?
- Jawapan
- Mirzan Mahathir mula terlibat dalam Lembaga Konsortium Perkapalan Bhd. (KPB) pada tahun 1992;
- Pada tahun tersebut, KPB membeli PNSL Bhd. iaitu satu syarikat berpengkalan di Malaysia;
- Pada tahun 1996, KPB membeli Pacific Basin Bulk Shipping Ltd. yang kemudiannya menjadi PNSL Ltd. yang berpengkalan di Hong Kong dengan harga USD $230 juta;
- MISC, syarikat milik Petronas yang menjalankan perniagaan berkaitan perkapalan mengumumkan akan membeli aset yang dimiliki oleh KPB;
- Pada akhir 1998, MISC membeli keseluruhan PNSL Ltd. dengan harga USD $55 juta. Harga ini amat rendah kerana Mirzan Mahathir telah memiliki PNSL Ltd. pada tahun 1996 pada harga USD $230 juta;
- MISC juga telah membeli aset-aset yang dimiliki oleh PNSL Ltd. iaitu 9 buah kapal (vessels) dan dua kontrak baru pembinaan kapal dengan harga USD $165 juta;
- Oleh itu, jumlah keseluruhan bayaran yang telah dibuat oleh MISC kepada KPB ialah USD $220 juta.
- Dengan wang bayaran daripada MISC tersebut, KPB menggunakan sebahagian besarnya untuk membayar hutang pinjaman. Hutang KPB berjaya dikurangkan namun masih belum dapat keluar sepenuhnya daripada hutang.
- Kesimpulan
- MISC telah membeli aset dan kepentingan KPB ke atas PNSL Ltd. dengan harga yang lebih rendah atau dalam kata lain KPB menanggung kerugian sebanyak USD $10 juta;
- MISC dan Petronas memperoleh keuntungan melalui pembelian PNSL Ltd. termasuk aset-aset perkapalan dengan harga yang rendah (satu urusniaga yang baik kepada MISC, Petronas dan Kerajaan);
- KPB milik Mirzan Mahathir masih menanggung hutang selepas penjualan PNSL Ltd. dan keseluruhan aset perkapalan tersebut;
- Proses jual beli PNSL Ltd. dan keseluruhan aset perkapalannya daripada KPB kepada MISC bukan satu bentuk bail-out kerana penjual telah menanggung kerugian setelah menjual asetnya. Sebaliknya, pembeli telah memperoleh keuntungan kerana membeli aset-aset tersebut di bawah paras harga yang sepatutnya;
- TIADA KONTRAK KERAJAAN diberikan kepada KPB ketika Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Bersambung...
Sumber : Kelab Che Det