- Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menafikan pelantikan Papagomo sebagai Pegawai Khas. Penafian tersebut dibuat melalui Setiausaha Politik Menteri dalam satu kenyataan media hari ini.
- Beria-ia betul kenyataan daripada Sayed Amir Muzakkir (Setiausaha Politik Menteri) memberi amaran untuk mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang terus menularkan perkara tersebut.
- Kalau betul mahu ambil tindakan, sila teruskan niat tersebut ke atas pentadbir (admin) laman facebook Perikatan Nasional Fans kerana laman tersebut yang mula-mula membuka cerita.
- Persoalannya, jika ia adalah satu salah faham, mengapa perlu mengugut untuk ambil tindakan? Bukankah boleh dibuat penafian sahaja? Hina sangatkah Papagomo sehingga Setiausaha Politik Menteri memberi amaran kepada sesiapa yang mengaitkan Papagomo dengan KDN?
- Atau, ini satu lagi langkah sumbang?
p.s : Sayed Amir Muzakkir dan Wan Mohd Azri (Papagomo) sama-sama menganggotai barisan EXCO Pemuda UMNO Malaysia. Janganlah marah sangat pada Gomo, kalian bukankah seangkatan?