Ahad, 7 Jun 2015

TUN MAHATHIR SEDIA SOKONG NAJIB JIKA NAMA 1MDB DAPAT DIBERSIHKAN

Published On: Sun, Jun 7th, 2015





ADA JAWAPAN, SAYA SOKONG. TIADA JAWAPAN, SAYA TIDAK SOKONG

Begitulah maksud kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada media semasa sesi sidang media program Nothing To Hide di PWTC kelmarin.

Kehadiran Tun Dr. Mahathir ke program itu adalah untuk mendengar sendiri penjelasan daripada Dato' Sri Mohd Najib tentang beberapa isu terutamanya yang melibatkan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Bhd atau 1MDB.

Namun ekoran ketidakhadiran Dato' Sri Najib di dalam program tersebut, pihak penganjur telah memberi laluan kepada Tun Dr. Mahathir untuk berucap bagi menjaga hati hadirin yang ramai termasuk yang hadir dari jauh untuk mendengar sendiri dialog antara kedua-dua tokoh utama negara yang pastinya mencatat sejarah.

Kesungguhan dan minat peserta yang ingin menjadi sebahagiaan daripada program bersejarah ini dapat dilihat apabila program ini menerima kehadiran melebihi kapasiti 1,200 yang boleh ditanggung oleh Dewan Tun Hussein Onn.

Selain itu, terdapat peserta yang sanggup merayu untuk mendapatkan pelekat akses untuk membolehkan mereka berada di dalam dewan walaupun telah dijelaskan bahawa pelekat akses telah habis ekoran jumlah peserta telah mencecah lebih 2,000 orang.

Dakwaan-dakwaan yang mengatakan Tun Dr. Mahathir telah merempuh masuk untuk mengambil alih pentas adalah tidak benar sebaliknya beliau dijemput untuk berucap oleh pengerusi majlis setelah mendapat persetujuan pihak penganjur.

Meskipun begitu, ucapan Tun Dr. Mahathir telah dihentikan oleh pihak polis setelah berucap selama 10 minit.

Tun Dr. Mahathir sedaya upaya telah menjelaskan kepada pihak polis bahawa kehadirannya adalah untuk mendengar penjelasan daripada Dato' Sri Najib namun apabila ia dibatalkan, keadaan tersebut amat tidak baik terhadap mereka yang sanggup hadir begitu ramai. 

Setelah beberapa ketika, pihak polis memberikan kebenaran kepada Tun Dr. Mahathir untuk membuat sidang media di pentas sama.

Ikuti penjelasan beliau di dalam sidang media tersebut:






Versi penuh di sini:

Sidang Media Nothing To Hide

"Saya minta diberi peluang yang sama untuk bercakap dalam majlis ini seperti Dato' Sri Najib. Jika beliau bercakap 1 jam, saya pun nak bercakap 1 jam...."

Di bahagian akhir video

"Ada laporan polis (terhadap 1MDB) dibuat. Ini, dia (Dato' Seri Khairuddin) yang buat, tetapi tiada investigation (siasatan) daripada polis. Sebaliknya, dia (Dato' Seri Khairuddin) diisytihar muflis, rumah dia dirampas, lepas tu income tax (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dok tanya itu ini kononnya dia bayar duit kepada pengganas, dia membuat money laundering (pemalsuan wang) apa semua...."

"bukan subjek (pihak yang dilapor) itu disiasat, tetapi orang yang buat laporan itu dianggap sebagai penjenayah. Ini pelik lah, di negara kita tak patut berlaku..."

-Tun Dr. Mahathir Mohamad-


TUN M SUDAH CABAR NAJIB PADA TAHUN 2021

Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M ...