- Malam semalam (28 Mei 2020), telah tular surat-surat yang menyatakan bahawa keahlian YB Tun Dr. Mahathir Mohamad (Langkawi), YB Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir (Jerlun), YB Datuk Wira Ir. Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), YB Dr. Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) telah terhenti dan terlucut.
- Berdasarkan beberapa senario yang telah berlaku rentetan daripada perubahan tampuk pimpinan kerajaan Malaysia daripada HARAPAN kepada Perikatan Nasional, umum mengetahui takrifan sebenar kepada proses pemberhentian yang sedang berlaku ini adalah sebenarnya satu bentuk pemecatan.
- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU yang menyokong Tan Sri Muhyiddin, Wan Saiful Wan Jan menegaskan bahawa masyarakat telah salah faham dengan isi surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerja BERSATU Pusat, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya.
- Wan Saiful Wan Jan cuba menjelaskan bahawa surat tersebut bukan surat pemecatan, sebaliknya ia adalah surat makluman bagi memaklumkan kepada semua bahawa keahlian 5 tokoh BERSATU di atas telah terhenti dengan sendirinya mengikut Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) yang menyebut "Keahlian seseorang ahli adalah terhenti secara serta-merta apabila: menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain". Baca di sini.
- Ahli-ahli BERSATU perlu mengambil maklum bahawa sebarang hujah yang menggunakan alasan Fasal 10.2.3 ini adalah hujah propaganda bertujuan untuk menanamkan fahaman di minda ahli-ahli bagi mempercayai keahlian 5 tokoh di atas telah terhenti di atas perbuatan sendiri.
- Bagi mewujudkan persoalan kepada polemik ini, kronologi peristiwa sejak pemisahan BERSATU daripada HARAPAN perlu dilihat semula. Beberapa siri penjelasan telah dibuat sendiri oleh YB Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah Pengerusi BERSATU yang sah.
- Fakta ini jelas apabila MPT BERSATU telah berjaya meyakinkan beliau bahawa beliau tidak kehilangan sokongan MPT semasa Tan Sri Muhyiddin mengetuai sekumpulan ahli Biro Politik BERSATU berjumpa dan memujuk YB Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya kembali menduduki kerusi Pengerusi BERSATU dengan serta-merta tidak sampai 24 jam selepas beliau meletakkan jawatan tersebut pada 24 Februari 2020. Baca di sini.
- Naratif dongeng bermula sebaik persetujuan dicapai oleh Tan Sri Muhyiddin dengan kumpulan UMNO dan PAS bagi membentuk kerajaan apabila beliau menjaja cerita di media bahawa beliau sedang memangku jawatan Pengerusi BERSATU.
- Jika dinilai daripada sudut ini, Tan Sri Muhyiddin adalah individu yang keahliannya terhenti secara serta-merta kerana membentuk satu persepakatan dengan pihak pembangkang bagi membentuk kerajaan tanpa melalui persetujuan Pengerusi dan mesyuarat MPT.
- Ketika hantaran blog ini ditulis, YB Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang memasuki pejabat beliau di Menara Yayasan Selangor bagi menyambung semula tugas beliau sebagai Pengerusi parti yang tergendala kerana situasi pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.
- Meskipun sejurus selepas ketibaan beliau pejabat tersebut di dalam keadaan tutup dan gelap, keiltizaman YB Tun memasuki pejabat semula adalah seperti ketegasan YB Tun untuk tidak meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn, PWTC semasa polis mengarahkan program Nothing To Hide (N2H) dihentikan suatu masa dulu meskipun mikrofon telah dipadamkan.
- Selamat kembali bertugas YB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Jumaat, 29 Mei 2020
KAEDAH PEMECATAN "OUT OF THE BOX" LANGKAH TERDESAK KUMPULAN MUHYIDDIN
TUN M SUDAH CABAR NAJIB PADA TAHUN 2021
Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M ...

-
PENDEDAHAN DAHSYAT BEKAS TIMB. PENGARAH CAWANGAN KHAS PDRM - 3 Hamid: Tegas siasatan telus 1MDB punca ditukar 5 0 Bek...
-
EVERYTHING TO HIDE? Program Nothing To Hide yang menghimpunkan para NGO dari seluruh semenanjung Malaysia adalah program pertemuan ...
-
KENYATAAN MEDIA JABATAN PEGUAM NEGARA AMERIKA SYARIKAT TENTANG 1MDB JUSTICE NEWS SHARE Department of Justice Office of Public...