- Contoh parti politik yang boleh kita lihat telah memansuhkan sesuatu jawatan kerana dianggap tidak lagi relevan disebabkan kewujudannya adalah untuk menempatkan seseorang yang khusus bagi jawatan itu adalah Parti Keadilan Rakyat (PKR).
- PKR telah memansuhkan jawatan Ketua Umum sebaik sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya menduduki kerusi Presiden PKR menggantikan isterinya Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
- Adalah tidak mustahil jika dikatakan BERSATU sedang merancang untuk melakukan perkara yang sama ke atas jawatan Pengerusi parti kerana mahu mengangkat kedudukan Presiden sebagai pemimpin tertinggi parti sekaligus mempunyai kuasa mutlak ke atas perjalanan urusan parti tanpa perlu lagi merujuk kepada persetujuan Pengerusi.
- Usaha ini dapat dilihat apabila tindakan yang jelas diambil dengan niat untuk mempengaruhi ahli-ahli parti bahawa Tun Dr. Mahathir bukan lagi Pengerusi telah dibuat secara terancang oleh Kapten (B) Suhaimi, Setiausaha Kerja BERSATU.
- Propaganda ini telah disokong oleh surat daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia atau Registrar of Societies (ROS) yang menjelaskan bahawa Tun Dr. Mahathir bukan lagi Pengerusi parti. Surat tersebut seterusnya menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin kini sedang memangku jawatan tersebut sejak Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dan masih berkuatkuasa sehingga pemilihan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti diadakan kelak.
- Meskipun ia tidak sah dan ramai dapat menghidu bahawa ia adalah satu gerakan propaganda kumpulan Muhyiddin, cuba kita bayangkan keadaan di mana kita menerima keadaan bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah Pemangku Pengerusi parti.
- Adakah pasukan Muhyiddin akan membiarkan beliau menjadi pemangku jawatan tersebut sehingga pemilihan MPT diadakan?
- Umum tahu kedudukan Tun Dr. Mahathir yang telah menang tanpa bertanding jawatan tersebut. Tindakan menunggu pengumuman rasmi daripada hari pemilihan MPT parti yang akan diadakan nanti adalah seperti sedang menanti malapetaka politik bagi kumpulan Muhyiddin kerana pada hari pemilihan MPT parti tersebut, Tun Dr. Mahathir akan kembali secara sah sebagai Supreme Leader (Pemimpin Tertinggi) parti dan berkuasa menentukan sebarang tindakan dan hala tuju parti.
- Sudah tentu para penyokong Muhyiddin mahu beliau terus menjadi pemimpin nombor 1 parti ini sesuai dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan bukannya Tun Dr. Mahathir.
- Justeru, cara untuk menghalang Tun Dr. Mahathir daripada kembali sebagai Pengerusi BERSATU adalah dengan memecat beliau menggunakan kuasa palsu yang ada pada Muhyiddin sebagai Pemangku Pengerusi dan pengerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti.
- Adalah dipercayai ini merupakan sebabnya mengapa Setiausaha Kerja BERSATU dengan sengaja telah menghantar surat untuk meminta penjelasan daripada ROS tentang kedudukan Tun Dr. Mahathir sebagai Pengerusi parti.
- Setiausaha Kerja BERSATU memohon penjelasan tersebut dengan hanya merujuk kepada surat peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir tanpa melihat kepada tindakan MPT yang telah menolak peletakan jawatan tersebut serta memutuskan untuk Tun Dr. Mahathir kembali sebagai Pengerusi parti dengan segera.
- Berbekalkan kedudukan palsu sebagai Pemangku Pengerusi, Muhyiddin boleh menghalang Tun Dr. Mahathir untuk kembali sebagai Pengerusi parti dengan mengambil tindakan menggugurkan keahlian beliau seterusnya meminda perlembagaan parti untuk memansuhkan jawatan Pengerusi.
Rabu, 20 Mei 2020
STRATEGI HALUS UNTUK MEMECAT TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD DARIPADA BERSATU?
TUN M SUDAH CABAR NAJIB PADA TAHUN 2021
Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M ...

-
PENDEDAHAN DAHSYAT BEKAS TIMB. PENGARAH CAWANGAN KHAS PDRM - 3 Hamid: Tegas siasatan telus 1MDB punca ditukar 5 0 Bek...
-
EVERYTHING TO HIDE? Program Nothing To Hide yang menghimpunkan para NGO dari seluruh semenanjung Malaysia adalah program pertemuan ...
-
KENYATAAN MEDIA JABATAN PEGUAM NEGARA AMERIKA SYARIKAT TENTANG 1MDB JUSTICE NEWS SHARE Department of Justice Office of Public...