- Malam semalam (28 Mei 2020), telah tular surat-surat yang menyatakan bahawa keahlian YB Tun Dr. Mahathir Mohamad (Langkawi), YB Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir (Jerlun), YB Datuk Wira Ir. Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), YB Dr. Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) telah terhenti dan terlucut.
- Berdasarkan beberapa senario yang telah berlaku rentetan daripada perubahan tampuk pimpinan kerajaan Malaysia daripada HARAPAN kepada Perikatan Nasional, umum mengetahui takrifan sebenar kepada proses pemberhentian yang sedang berlaku ini adalah sebenarnya satu bentuk pemecatan.
- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU yang menyokong Tan Sri Muhyiddin, Wan Saiful Wan Jan menegaskan bahawa masyarakat telah salah faham dengan isi surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerja BERSATU Pusat, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya.
- Wan Saiful Wan Jan cuba menjelaskan bahawa surat tersebut bukan surat pemecatan, sebaliknya ia adalah surat makluman bagi memaklumkan kepada semua bahawa keahlian 5 tokoh BERSATU di atas telah terhenti dengan sendirinya mengikut Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU (Pindaan 2019) yang menyebut "Keahlian seseorang ahli adalah terhenti secara serta-merta apabila: menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain". Baca di sini.
- Ahli-ahli BERSATU perlu mengambil maklum bahawa sebarang hujah yang menggunakan alasan Fasal 10.2.3 ini adalah hujah propaganda bertujuan untuk menanamkan fahaman di minda ahli-ahli bagi mempercayai keahlian 5 tokoh di atas telah terhenti di atas perbuatan sendiri.
- Bagi mewujudkan persoalan kepada polemik ini, kronologi peristiwa sejak pemisahan BERSATU daripada HARAPAN perlu dilihat semula. Beberapa siri penjelasan telah dibuat sendiri oleh YB Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah Pengerusi BERSATU yang sah.
- Fakta ini jelas apabila MPT BERSATU telah berjaya meyakinkan beliau bahawa beliau tidak kehilangan sokongan MPT semasa Tan Sri Muhyiddin mengetuai sekumpulan ahli Biro Politik BERSATU berjumpa dan memujuk YB Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya kembali menduduki kerusi Pengerusi BERSATU dengan serta-merta tidak sampai 24 jam selepas beliau meletakkan jawatan tersebut pada 24 Februari 2020. Baca di sini.
- Naratif dongeng bermula sebaik persetujuan dicapai oleh Tan Sri Muhyiddin dengan kumpulan UMNO dan PAS bagi membentuk kerajaan apabila beliau menjaja cerita di media bahawa beliau sedang memangku jawatan Pengerusi BERSATU.
- Jika dinilai daripada sudut ini, Tan Sri Muhyiddin adalah individu yang keahliannya terhenti secara serta-merta kerana membentuk satu persepakatan dengan pihak pembangkang bagi membentuk kerajaan tanpa melalui persetujuan Pengerusi dan mesyuarat MPT.
- Ketika hantaran blog ini ditulis, YB Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang memasuki pejabat beliau di Menara Yayasan Selangor bagi menyambung semula tugas beliau sebagai Pengerusi parti yang tergendala kerana situasi pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.
- Meskipun sejurus selepas ketibaan beliau pejabat tersebut di dalam keadaan tutup dan gelap, keiltizaman YB Tun memasuki pejabat semula adalah seperti ketegasan YB Tun untuk tidak meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn, PWTC semasa polis mengarahkan program Nothing To Hide (N2H) dihentikan suatu masa dulu meskipun mikrofon telah dipadamkan.
- Selamat kembali bertugas YB Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Jumaat, 29 Mei 2020
KAEDAH PEMECATAN "OUT OF THE BOX" LANGKAH TERDESAK KUMPULAN MUHYIDDIN
Khamis, 21 Mei 2020
SELEPAS TIKAM BELAKANG TUN DR. MAHATHIR, ZAHID MD. ARIP LOBI JAWATAN TYT NEGERI MELAKA?
- Portal berita Malaysiakini melaporkan hari ini bahawa terdapat ura-ura mengatakan yang bekas Setiausaha Politik Tun Dr. Mahathir sedang melobi untuk menduduki jawatan Tuan Yang Terutama Negeri Melaka menggantikan Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 4 Jun 2020.
- Kebiasaannya, di dalam dunia politik, apa yang dinafikan itu boleh menjadi benar dan sesuatu berita itu tidak sewenang-wenangnya dapat direka tanpa ada asasnya.
- Jika ia tidak menjadi kebenaran sekalipun, puncanya kerana laporan sesuatu berita itu telah membuka mata sesetengah pihak yang akhirnya bertindak menghalang perkara tersebut daripada berlaku.
- Laporan Malaysiakini ini pastinya akan mencetus (trigger) minat pembaca untuk mengetahui lebih dalam dan bagi pihak yang berlawanan pula, ini adalah masanya untuk menekan dan mengasak pihak kerajaan supaya gagal melakukan lantikan tersebut.
- Tentangan ini perlu dibuat kerana kes Zahid Md. Arip sedang berjalan di mahkamah dan pelantikan beliau ke jawatan tersebut akan mengganggu perbicaraan serta tidak mustahil akan membawa kepada penutupan kes.
- Meskipun kerajaan memberi pelbagai alasan untuk mengehadkan aktiviti politik termasuk memendekkan tempoh sidang Dewan Rakyat menggunakan alasan negara sedang berperang dengan pandemik Covid-19, nampaknya tindakan pihak kerajaan sendiri tidak menepati aspek Perintah Kawalan Pergerakan apabila kesempatan ini diambil untuk segera mengisi jawatan-jawatan di dalam kerajaan bagi menjaga para penyokong mereka.
- Ingat lagi penafian yang dibuat oleh Tajuddin Abdul Rahman bahawa beliau akan dilantik sebagai Pengerusi Prasarana? Ia dilaporkan di media pada 30 April 2020. Penafiannya hanya bertahan selama 7 hari kerana pada 8 Mei 2020, beliau dilaporkan sah dilantik ke jawatan tersebut.
Rabu, 20 Mei 2020
STRATEGI HALUS UNTUK MEMECAT TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD DARIPADA BERSATU?
- Contoh parti politik yang boleh kita lihat telah memansuhkan sesuatu jawatan kerana dianggap tidak lagi relevan disebabkan kewujudannya adalah untuk menempatkan seseorang yang khusus bagi jawatan itu adalah Parti Keadilan Rakyat (PKR).
- PKR telah memansuhkan jawatan Ketua Umum sebaik sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya menduduki kerusi Presiden PKR menggantikan isterinya Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
- Adalah tidak mustahil jika dikatakan BERSATU sedang merancang untuk melakukan perkara yang sama ke atas jawatan Pengerusi parti kerana mahu mengangkat kedudukan Presiden sebagai pemimpin tertinggi parti sekaligus mempunyai kuasa mutlak ke atas perjalanan urusan parti tanpa perlu lagi merujuk kepada persetujuan Pengerusi.
- Usaha ini dapat dilihat apabila tindakan yang jelas diambil dengan niat untuk mempengaruhi ahli-ahli parti bahawa Tun Dr. Mahathir bukan lagi Pengerusi telah dibuat secara terancang oleh Kapten (B) Suhaimi, Setiausaha Kerja BERSATU.
- Propaganda ini telah disokong oleh surat daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia atau Registrar of Societies (ROS) yang menjelaskan bahawa Tun Dr. Mahathir bukan lagi Pengerusi parti. Surat tersebut seterusnya menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin kini sedang memangku jawatan tersebut sejak Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dan masih berkuatkuasa sehingga pemilihan peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti diadakan kelak.
- Meskipun ia tidak sah dan ramai dapat menghidu bahawa ia adalah satu gerakan propaganda kumpulan Muhyiddin, cuba kita bayangkan keadaan di mana kita menerima keadaan bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah Pemangku Pengerusi parti.
- Adakah pasukan Muhyiddin akan membiarkan beliau menjadi pemangku jawatan tersebut sehingga pemilihan MPT diadakan?
- Umum tahu kedudukan Tun Dr. Mahathir yang telah menang tanpa bertanding jawatan tersebut. Tindakan menunggu pengumuman rasmi daripada hari pemilihan MPT parti yang akan diadakan nanti adalah seperti sedang menanti malapetaka politik bagi kumpulan Muhyiddin kerana pada hari pemilihan MPT parti tersebut, Tun Dr. Mahathir akan kembali secara sah sebagai Supreme Leader (Pemimpin Tertinggi) parti dan berkuasa menentukan sebarang tindakan dan hala tuju parti.
- Sudah tentu para penyokong Muhyiddin mahu beliau terus menjadi pemimpin nombor 1 parti ini sesuai dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan bukannya Tun Dr. Mahathir.
- Justeru, cara untuk menghalang Tun Dr. Mahathir daripada kembali sebagai Pengerusi BERSATU adalah dengan memecat beliau menggunakan kuasa palsu yang ada pada Muhyiddin sebagai Pemangku Pengerusi dan pengerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti.
- Adalah dipercayai ini merupakan sebabnya mengapa Setiausaha Kerja BERSATU dengan sengaja telah menghantar surat untuk meminta penjelasan daripada ROS tentang kedudukan Tun Dr. Mahathir sebagai Pengerusi parti.
- Setiausaha Kerja BERSATU memohon penjelasan tersebut dengan hanya merujuk kepada surat peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir tanpa melihat kepada tindakan MPT yang telah menolak peletakan jawatan tersebut serta memutuskan untuk Tun Dr. Mahathir kembali sebagai Pengerusi parti dengan segera.
- Berbekalkan kedudukan palsu sebagai Pemangku Pengerusi, Muhyiddin boleh menghalang Tun Dr. Mahathir untuk kembali sebagai Pengerusi parti dengan mengambil tindakan menggugurkan keahlian beliau seterusnya meminda perlembagaan parti untuk memansuhkan jawatan Pengerusi.
Jumaat, 15 Mei 2020
BAHAGIAN KEDUA : RAYUAN TUN MAHATHIR UNTUK KEKAL BERPRINSIP
- Bahagian Kedua rakaman suara Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU ini mendedahkan pendirian Tun. Dr. Mahathir yang mahu teruskan pentadbiran negara di dalam keadaan baik dan tersusun.
- Beliau tidak mahu isu-isu politik mengganggu perjalanan tadbir urus negara dalam waktu ini. Kepercayaan yang diperolehi daripada parti-parti komponen HARAPAN melalui mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan menjadi sandaran kukuh oleh Tun Dr. Mahathir bahawa beliau boleh meneruskan pentadbiran beliau tanpa perlu menghiraukan sebarang tuntutan nakal penyokong parti-parti tertentu yang mahukan beliau menyerahkan jawatan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.
- Prinsip Tun. Dr. Mahathir amat jelas dan sebagaimana pegangannya bahawa janji mesti ditunaikan, beliau tetap akan tunaikan walau apa jua halangan sekalipun kerana perjanjian tersebut telah dipersetujui oleh beliau sendiri.
- Umum tahu ramai pihak yang meletakkan kesalahan di atas bahu Tun. Dr. Mahathir sebagai punca pentadbiran kerajaan menjadi kacau-bilau apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Namun, akal yang waras tidak sepatutnya memilih untuk menyalahkan Tun Dr. Mahathir. Sebaliknya, kesalahan itu perlu diletakkan di atas bahu mereka yang telah tersilap langkah dalam menjelmakan kegopohan untuk mewujudkan kekuasaan melalui kerjasama politik baharu.
- Akibat daripada keadaan yang mendesak untuk mencari kekuatan, segala usaha digemblengkan untuk mengukuhkan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.
- Justeru, parti Najib mempunyai sebab untuk mengambil kesempatan di atas keadaan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin yang terdesak untuk kekal berkuasa.
Rabu, 13 Mei 2020
DR. RADZI JIDIN KENA "CHECKMATE"
- Kenyataan Dr. Radzi Jidin selaku Ketua Penerangan BERSATU yang berbaur amaran untuk menggugurkan keahlian Tun Dr. Mahathir dan Dato' Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini telah memakan diri.
- Beliau yang merasakan dirinya serba tahu sebagai Ketua Penerangan telah membuka ruang kepada kritikan demi kritikan terhadap diri beliau sehingga menjurus kepada pendedahan rakaman perbualan sulit di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU pada 23 Februari 2020 yang lalu. (klik gambar video di atas)
- Kenyataan Dr. Radzi Jidin ini boleh disifatkan sebagai "sembang kemaih" oleh orang Kedah, walhal apa yang dinyatakan oleh beliau adalah satu sindrom penafian (denial syndrome) untuk mewujudkan satu persepsi baik atau "feel good factor" di dalam pemikiran ahli-ahli BERSATU terhadap Muhyiddin Yassin.
- Pendedahan rakaman suara di atas jelas sekali telah mematahkan hujah palsu kumpulan Muhyiddin Yassin yang mendakwa bahawa keputusan untuk keluar daripada HARAPAN dan membentuk kerjasama dengan Muafakat Nasional adalah satu persetujuan yang telah dicapai dan diputuskan di dalam mesyuarat MPT.
- Pastinya, kumpulan Muhyiddin Yassin ini akan terus-menerus mencipta naratif palsu untuk ditanam di dalam pemikiran ahli-ahli demi mewajarkan tindakan menongkah arus mereka dan untuk terus memegang kuasa di dalam kerajaan.
- Apa yang pasti, parti Najib sedang ketawa sinis di atas kesungguhan Dr. Radzi Jidin mencipta naratif tersebut bagi mengukuhkan hubungan tidak rasmi mereka di bawah nama Perikatan Nasional.
- Pada mereka, tindakan Dr. Radzi Jidin adalah satu tindakan terdesak untuk menunjukkan kejituan hati kumpulan Muhyiddin Yassin dalam mengekalkan kerjasama rapuh mereka.
- Masakan tidak, Mohamad Hasan (Timbalan Presiden UMNO) sendiri sudah uar-uarkan dengan jelas dan tuntas bahawa kerjasama mereka di bawah nama Perikatan Nasional ini hanya untuk satu tempoh pendek sehingga parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU-15.
- Kenyataan Mohamad Hasan jelas sekali adalah untuk mengembalikan dominasi parti UMNO sebagai parti utama negara ini yang mana Perdana Menteri adalah daripada kalangan wakil parti mereka.
- Justeru, apa beza kegopohan parti Najib ini jika dibandingkan dengan dakwaan mereka ke atas kegopohan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri?
- Siapa lebih gopoh? Siapa yang tebuk atap?
DAP ALAT UNTUK ANNUAR MUSA BERBOHONG
- Sesiapapun yang mengikuti kronologi pertukaran kerajaan setelah kerajaan Pakatan Harapan tumbang lewat Februari lalu pasti tahu syarat yang dikemukakan oleh Annuar Musa jika mana-mana parti ingin mendapatkan sokongan UMNO.
- Annuar Musa menegaskan tidak sesekali akan bekerjasama dengan DAP.
- Propaganda Annuar Musa and co. ini telah digunakan sekian lama sebagai modal untuk melemahkan HARAPAN. Memang tidak dinafikan ramai juga orang-orang Melayu yang sering terdedah kepada propaganda ini menterjemahkan kejayaan propaganda tersebut dengan menunjukkan emosi benci kepada DAP. Tahniah Annuar Musa!
- Namun, semasa krisis pertukaran kerajaan Februari lalu, propaganda ini hanya merupakan strategi untuk melemahkan BERSATU apabila dilihat BERSATU dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan rakan politik bagi membentuk kerajaan.
- Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan telah menangguk di air keruh dengan mengisytiharkan sokongan UMNO dan PAS ditarik semula untuk memastikan BERSATU meninggalkan terus DAP walaupun hanya untuk kerjasama atas nama Ahli Dewan Rakyat sahaja tanpa melibatkan parti politik sepertimana disebutkan oleh Perdana Menteri Interim ketika itu.
- Kemudian timbul pula syarat bahawa UMNO mahu dibawa dalam kerjasama membentuk kerajaan sebagai satu entiti parti atau "en bloc" dan bukan hanya wakil-wakil rakyat terpilih sahaja.
- Sebaik sahaja BERSATU yang dibawa oleh Muhyiddin bersetuju dengan syarat Annuar Musa and co., maka dicadangkan nama Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri ke 8.
- Ya, Perdana Menteri adalah daripada BERSATU. Namun, kedudukannya tidak mampu mendominasi kerajaan yang beliau terajui kerana UMNO yang diterimanya sebagai "en bloc" kelihatan lebih kuat mengikut tafsiran jumlah kerusi yang diwakili.
- Pada waktu ini, kita dapat lihat satu demi satu budaya lama UMNO mewarnai kekalutan politik negara.
- Memandangkan Annuar Musa and co. sering menyemai rasa benci masyarakat terhadap DAP, adalah lebih baik di kesempatan ini mereka batalkan pendaftaran DAP dan haramkan penggunaan nama parti politik tersebut. Perkara ini tidak boleh dilengahkan lagi. Daripada Hamzah Zainuddin yang memayungi ROS di Kementerian Dalam Negeri mencatur untuk memecat keahlian Tun Mahathir dan Dato' Seri Mukhriz daripada BERSATU, baiklah membatalkan pendaftaran DAP diberikan keutamaan.
- Bukankah Annuar Musa and co. benci sangat dengan DAP? Tun Mahathir dan Dato' Seri Mukhriz adalah orang Melayu. Mengapa diganggu?
- Annuar Musa and co. wajib membatalkan pendaftaran DAP dan haramkan parti tersebut dalam bulan Jun 2020 ini setelah PKPB berakhir. Tindakan ini penting supaya wakil-wakil rakyat DAP terpaksa menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Julai 2020 tanpa mewakili sebarang parti.
- Beranikah Annuar Musa and co.?
Selasa, 12 Mei 2020
TUN MAHATHIR, BERSATU DAN MELAYU
- Pada majlis sambutan Aidilfitri di Bukit Merah Laketown Resort dalam tahun 2018, Tun Mahathir telah tegaskan bahawa Bersatu adalah wadah politik baharu bagi orang Melayu menggantikan UMNO.
- Tun Mahathir tidak pernah sesekali menafikan jasa UMNO sejak ia berjaya memerdekakan Tanah Melayu. Namun, tidak juga beliau nafikan UMNO yang pernah beliau pimpin dahulu bukan UMNO sekarang. UMNO yang ada sekarang adalah parti yang berpegang kepada janji @ wala' kepada ketua sahaja. Ia bukan lagi parti yang setia kepada perjuangan agama, bangsa dan tanahair.
- Oleh kerana kesetiaan kepada ketua dengan tidak bersandarkan kepada prinsip parti, kesalahan demi kesalahan pemimpin dibiarkan sahaja, asalkan kepentingan beberapa kumpulan pengikut yang berpengaruh dalam mencatur sokongan masyarakat dijaga dengan baik.
- Dahulu, ahli UMNO sanggup menolak Dato' Onn hanya kerana beliau mencadangkan supaya keahlian UMNO dibuka kepada bangsa lain. Ahli UMNO memilih supaya UMNO kekal sebagai parti Melayu sahaja.
- Berbeza dengan zaman sekarang, ahli UMNO sanggup menutup mata dan membela kesalahan pemimpin yang melakukan kesalahan mencuri duit rakyat. Alasan-alasan yang diberikan untuk membela pemimpin pula jelas tidak masuk akal.
- Kerana sikap ahli-ahli UMNO itu, mereka kalah dalam pilihanraya. Tetapi, alasan yang mereka guna adalah parti lawan menipu untuk menang pilihanraya. Mereka kata parti lawan tabur janji kosong sehingga pengundi tertipu dan terpengaruh untuk mengundi mereka.
- Parti Najib ini mungkin lupa, yang haq pasti menewaskan yang batil. Jika mereka berada di pihak yang benar, mereka tentunya tidak akan kalah kepada apa sahaja bentuk penipuan. Mereka perlu salahkan diri mereka sendiri kerana manifesto mereka tidak cukup kuat untuk memberi keyakinan kepada pengundi.
- Parti Najib ini memperlekehkan pengundi apabila mengatakan pengundi ditipu oleh manifesto parti lawan. Adakah pengundi begitu mudah terpedaya sebegitu rupa? Atau sikap parti Najib sendiri yang menyebabkan mereka tersungkur?
- Setelah 2 tahun parti Najib kehilangan kuasa, tiada tanda-tanda yang mereka sedia untuk berubah.
- Tun Mahathir tahu pengikut UMNO tidak salah. Mereka diheret oleh pemimpin mereka yang korup ke arah yang salah. Oleh itu, Tun Mahathir umumkan BERSATU adalah rumah baru untuk orang Melayu. BERSATU mesti gantikan UMNO yang telah rosak.
- Atas sebab itu, Tun Mahathir tidak mahu bekerjasama dengan parti Najib secara en bloc. Hanya dengan cara ini saja Melayu boleh diselamatkan.
Isnin, 11 Mei 2020
BERSATU TIADA TEMPAT DI DALAM GABUNGAN UMNO DAN PAS
![]() |
Klik gambar untuk lihat video |
- Ketua Penerangan BERSATU, Dr. Radzi Jidin kelmarin mengeluarkan kenyataan bahawa pihak yang menentang keputusan parti dalam menjalinkan kerjasama dengan UMNO dan PAS melalui Perikatan Nasional berhadapan risiko keahlian mereka digugurkan.
- Di atas ini ialah jawapan Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden BERSATU bagi membidas kenyataan Dr. Radzi.
BAHAGIAN SATU : PENJELASAN TUN MAHATHIR, PENYOKONG PN SENGAJA BUAT TIDAK FAHAM
- Penjelasan di atas telah dibuat berkali-kali oleh Tun. Dr. Mahathir Mohamad. "Sebenarnya, saya letak jawatan kerana parti saya sendiri, tolak saya".
- Meskipun penjelasan ini telah dibuat, masih ramai berpendapat secara melulu bahawa Tun Mahathir sendiri meletakkan jawatan tanpa dipaksa.
- Pendapat ini adalah salah kerana (ulang ayat di atas); "Sebenarnya, saya letak jawatan kerana parti saya sendiri, tolak saya".
- Ahli-ahli BERSATU perlu sedar bahawa pihak MPT BERSATU yang sealiran dengan Tan Sri Presiden telah membuat keputusan untuk tidak menurut kata-kata Tun Mahathir sebagai Pengerusi parti sehingga menyebabkan Tun Mahathir percaya bahawa beliau telah hilang sokongan daripada parti beliau sendiri.
- Walau bagaimanapun, Biro Politik BERSATU mewakili Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kemudiannya dengan dihadiri oleh Tan Sri Presiden (Muhyiddin Yassin), Dato' Seri Timbalan Presiden (Mukhriz Mahathir), Datuk Wira Setiausaha Agung (Marzuki Yahya), Ketua Armada (Syed Saddiq), Ketua Srikandi (Rina Harun) dan Ketua Penerangan (Dr. Radzi Jidin) telah bertemu dengan Tun Mahathir untuk memujuk dan meyakinkan beliau bahawa beliau tidak kehilangan sokongan dan MPT BERSATU secara sebulat suara TIDAK MENERIMA perletakan jawatan Tun Mahathir dan mahu beliau segera kembali menerajui parti.
- Namun, setelah Tan Sri Muhyiddin berjaya diangkat menjadi Perdana Menteri, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedang memangku jawatan Pengerusi sehingga pemilihan parti diadakan. Beliau menambah, jawatan Pengerusi BERSATU kekal kosong setelah Tun Mahathir meletakkan jawatan dan ia tidak boleh diisi semula sehingga pemilihan parti diadakan.
- Asas hujah Tan Sri Muhyiddin ini adalah berdasarkan Fasal 16.9 Perlembagaan BERSATU iaitu "Jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan maka Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi baru mengikut Fasal 13.3 dan ia mempunyai kuasa mengikut Fasal 16.2" (Tugas-tugas Pengerusi).
- Walaupun dinyatakan sedemikian, perenggan ini mesti dibaca dengan Fasal 29 Tafsiran yang menjelaskan "Jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Perlembagaan ini atau mana-mana Peraturan yang dibuat di bawah kuasa Perlembagaan ini, maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi adalah muktamad".
- Menurut tafsiran Fasal 16.9 oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, permohonan untuk berhenti daripada jawatan Pengerusi oleh Tun Mahathir adalah tidak diterima lantas ia juga tidak sah. Justeru, keputusan MPT tersebut adalah muktamad mengikut Fasal 29.
- Oleh yang demikian, Tun Dr. Mahathir masih merupakan Pengerusi BERSATU yang sah.
Video 1
Video 2
Video 1 & 2 : Peristiwa pagi 25 Februari 2020 selepas rombongan Biro Politik BERSATU yg diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumpa Tun Dr. Mahathir di kediaman beliau. Perjumpaan ini adalah untuk memujuk dan meminta beliau menarik semula perletakan jawatan Pengerusi BERSATU. Tun Dr. Mahathir telah memberi isyarat positif untuk membuat pertimbangan penarikan semula perletakan jawatan beliau selepas dimaklumkan bahawa mesyuarat MPT sebulat suara menolak perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir pd 24 Februari 2020.
Yang benar,
Pendekar Tanpa Nama
Langgan:
Catatan (Atom)
TUN M SUDAH CABAR NAJIB PADA TAHUN 2021
Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M ...

-
PENDEDAHAN DAHSYAT BEKAS TIMB. PENGARAH CAWANGAN KHAS PDRM - 3 Hamid: Tegas siasatan telus 1MDB punca ditukar 5 0 Bek...
-
EVERYTHING TO HIDE? Program Nothing To Hide yang menghimpunkan para NGO dari seluruh semenanjung Malaysia adalah program pertemuan ...
-
KENYATAAN MEDIA JABATAN PEGUAM NEGARA AMERIKA SYARIKAT TENTANG 1MDB JUSTICE NEWS SHARE Department of Justice Office of Public...