Ahad, 25 Oktober 2015

ADA CAMPURTANGAN KERAJAAN? SENANG SAJA NAK FAHAM

1. Pernah satu ketika apabila pengumuman rombakan 
    kabinet dibuat, saya merasakan ada perkara yang tidak 
    kena sedang berlaku. Pengerusi dan ahli PAC dilantik 
    menganggotai kabinet. Perkhidmatan Peguam Negara 
    ditamatkan serta-merta dengan alasan kesihatan yang 
    diberikan oleh kerajaan. 

2. Saya terfikir, bukankah pada Ogos 2015 adalah waktu di 
    mana Arul Kanda CEO 1MDB perlu menghadap PAC untuk 
    disoal siasat? Kenyataan Pengerusi PAC ketika itu yang 
    kini merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri seolah-
    olah memberikan 'ultimatum' kepada syarikat pelaburan 
    strategik negara itu iaitu tidak akan ada lagi kompromi.

3. Namun, tiba-tiba, pengerusi PAC ini dilantik 
    menganggotai kabinet pada Julai lalu seterusnya pada 
    fahaman saya beliau mesti melepaskan jawatan di 
    dalam PAC.

4. Jika benar, ia pasti akan mengganggu proses siasatan   
    terhadap syarikat pelaburan strategik negara itu.

5. Saya berharap perkara itu tidak seperti yang saya 
    sangkakan (pengerusi PAC perlu letak jawatan kerana 
    menganggotai kabinet) walaupun ada sedikit yakin ia 
    pasti berlaku. Mungkin kerana saya hanya pemerhati 
    biasa jadi pendapat saya mungkin tidak tepat.

6. Namun, keesokan harinya MEMANG SAH. Pengerusi PAC 
    diwajibkan melepas jawatan sebagai Pengerusi PAC 
    kerana telah dilantik menganggotai kabinet.

7. Jika saya dapat membaca keadaan ini sebelum ia 
    berlaku, bukankah ia begitu senang juga difahami oleh 
    kebanyakan orang ramai di luar sana?

8. Walau bagaimanapun, seperti biasa kerajaan dan ahli-
    ahli politik kerajaan cuba untuk membuat "damage 
    control" dengan memberitahu media bahawa lantikan 
    anggota PAC ke dalam kabinet tidak akan mengganggu 
    proses siasatan 1MDB dan anggota-anggota PAC yang 
    dilantik adalah berkelayakan untuk mengisi jawatan 
    kabinet.

9. Jika benar mereka menepati kelayakan dan kepakaran 
    mereka sangat diperlukan, mengapa tidak tunggu 
    sehingga selepas selesai siasatan? Bukankah Perdana 
    Menteri boleh menggunakan cara yang sama seperti yang 
    pernah beliau lakukan sebelum ini apabila membiarkan 
    beberapa kerusi kabinet kekal kosong untuk diberikan 
    kepada MCA dan GERAKAN?

10. Ini adalah antara persoalan "common sense" yang 
      bermain di fikiran saya dan pastinya ramai lagi 
      mempunyai persoalan yang sama.

11. Namun, tidak mengapa. Sekali lagi sebagai orang 
      biasa, pendapat golongan ini tidak mungkin tepat dan 
      tidak dilandaskan kepada fakta-fakta bertulis yang 
      lengkap dengan infografik. Besar kemungkinan 
      pendapat barisan kabinet lebih tepat kerana mereka 
      mempunyai alasan dan hujah yang dilengkapi fakta; 
      kononnya (pinjam kata Tun M).

12. Hairannya, pendapat ini secara tidak sengaja dikongsi 
      bersama oleh Timbalan Presiden UMNO, YB Tan Sri 
      Muhyiddin Yassin. Maka, persoalan yang bermain di 
      kalangan orang kebanyakan tadi bukanlah persoalan 
      yang tidak masuk akal tetapi amat berasas kerana ia 
      begitu mudah difahami dan berlaku secara jelas. 

13. Persoalan seterusnya, apa akan berlaku sekiranya  
      "silent opinion" ini secara tak sengaja bergabung dalam 
      bentuk perasaan apabila membuang undi pada PRU-14 
      nanti? Jawapannya....AMAT MERBAHAYA!



Laporan bahawa YB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan siasatan terhadap 1MDB terganggu di sini.

Kalau tak salah, jangan campur

siasatan 1MDB, kata Muhyiddin




TUN M SUDAH CABAR NAJIB PADA TAHUN 2021

Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M ...