Selasa, 27 Oktober 2015

APA DAH JADI DENGAN UMNO?


SEMENJAK NAJIB AMBIL ALIH JAWATAN PRESIDEN UMNO SUDAH BERAPA KALI AGAKNYA MESYUARAT MMT UMNO DIBATALKAN ?
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini dibatalkan, kali kedua selepas Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal disingkirkan daripada Kabinet.
Bagaimanapun, alasan pembatalan mesyuarat MT itu tidak dinyatakan dalam surat ditandatangani Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sudah pun diedarkan ke semua bahagian parti.
"Saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul," kata surat yang dilihat The Malaysian Insider.
Kali terakhir mesyuarat MT dibatalkan pada 29 Julai lalu, 2 hari selepas Muhyiddin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan sementara Shafie pula digugurkan daripada jawatan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah dalam rombakan Kabinet.
Mesyuarat berkenaan sepatutnya berlangsung ketika tekanan terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno semakin memuncak selepas 2 pemimpin tertinggi parti itu dilihat bersekutu dengan pengkritik nombor satu perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Muhyiddin dan Shafie mengadakan sidang media bersama Dr Mahathir, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Ong Tee Keat mengutuk penggunaan Akta Keselamatan dan Langkah langkah Khas (Sosma) 2012 ke atas Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang yang membuat siri laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sidang media itu dianggap pengamat politik sebagai isyarat daripada Muhyiddin dan Shafie secara terbuka ingkar terhadap Najib yang memecat mereka daripada Kabinet pada 27 Julai lalu.
Mesyuarat yang dibatalkan ini juga sepatutnya berlangsung selepas 13 ketua cawangan Umno Teluk Kemang mengadakan sidang media mendesak Najib meletak jawatan selaku perdana menteri. – 26 Oktober, 2015.

Ahad, 25 Oktober 2015

ADA CAMPURTANGAN KERAJAAN? SENANG SAJA NAK FAHAM

1. Pernah satu ketika apabila pengumuman rombakan 
    kabinet dibuat, saya merasakan ada perkara yang tidak 
    kena sedang berlaku. Pengerusi dan ahli PAC dilantik 
    menganggotai kabinet. Perkhidmatan Peguam Negara 
    ditamatkan serta-merta dengan alasan kesihatan yang 
    diberikan oleh kerajaan. 

2. Saya terfikir, bukankah pada Ogos 2015 adalah waktu di 
    mana Arul Kanda CEO 1MDB perlu menghadap PAC untuk 
    disoal siasat? Kenyataan Pengerusi PAC ketika itu yang 
    kini merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri seolah-
    olah memberikan 'ultimatum' kepada syarikat pelaburan 
    strategik negara itu iaitu tidak akan ada lagi kompromi.

3. Namun, tiba-tiba, pengerusi PAC ini dilantik 
    menganggotai kabinet pada Julai lalu seterusnya pada 
    fahaman saya beliau mesti melepaskan jawatan di 
    dalam PAC.

4. Jika benar, ia pasti akan mengganggu proses siasatan   
    terhadap syarikat pelaburan strategik negara itu.

5. Saya berharap perkara itu tidak seperti yang saya 
    sangkakan (pengerusi PAC perlu letak jawatan kerana 
    menganggotai kabinet) walaupun ada sedikit yakin ia 
    pasti berlaku. Mungkin kerana saya hanya pemerhati 
    biasa jadi pendapat saya mungkin tidak tepat.

6. Namun, keesokan harinya MEMANG SAH. Pengerusi PAC 
    diwajibkan melepas jawatan sebagai Pengerusi PAC 
    kerana telah dilantik menganggotai kabinet.

7. Jika saya dapat membaca keadaan ini sebelum ia 
    berlaku, bukankah ia begitu senang juga difahami oleh 
    kebanyakan orang ramai di luar sana?

8. Walau bagaimanapun, seperti biasa kerajaan dan ahli-
    ahli politik kerajaan cuba untuk membuat "damage 
    control" dengan memberitahu media bahawa lantikan 
    anggota PAC ke dalam kabinet tidak akan mengganggu 
    proses siasatan 1MDB dan anggota-anggota PAC yang 
    dilantik adalah berkelayakan untuk mengisi jawatan 
    kabinet.

9. Jika benar mereka menepati kelayakan dan kepakaran 
    mereka sangat diperlukan, mengapa tidak tunggu 
    sehingga selepas selesai siasatan? Bukankah Perdana 
    Menteri boleh menggunakan cara yang sama seperti yang 
    pernah beliau lakukan sebelum ini apabila membiarkan 
    beberapa kerusi kabinet kekal kosong untuk diberikan 
    kepada MCA dan GERAKAN?

10. Ini adalah antara persoalan "common sense" yang 
      bermain di fikiran saya dan pastinya ramai lagi 
      mempunyai persoalan yang sama.

11. Namun, tidak mengapa. Sekali lagi sebagai orang 
      biasa, pendapat golongan ini tidak mungkin tepat dan 
      tidak dilandaskan kepada fakta-fakta bertulis yang 
      lengkap dengan infografik. Besar kemungkinan 
      pendapat barisan kabinet lebih tepat kerana mereka 
      mempunyai alasan dan hujah yang dilengkapi fakta; 
      kononnya (pinjam kata Tun M).

12. Hairannya, pendapat ini secara tidak sengaja dikongsi 
      bersama oleh Timbalan Presiden UMNO, YB Tan Sri 
      Muhyiddin Yassin. Maka, persoalan yang bermain di 
      kalangan orang kebanyakan tadi bukanlah persoalan 
      yang tidak masuk akal tetapi amat berasas kerana ia 
      begitu mudah difahami dan berlaku secara jelas. 

13. Persoalan seterusnya, apa akan berlaku sekiranya  
      "silent opinion" ini secara tak sengaja bergabung dalam 
      bentuk perasaan apabila membuang undi pada PRU-14 
      nanti? Jawapannya....AMAT MERBAHAYA!



Laporan bahawa YB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan siasatan terhadap 1MDB terganggu di sini.

Kalau tak salah, jangan campur

siasatan 1MDB, kata Muhyiddin




TUN M KECEWA DENGAN AHLI UMNO!

Itulah yang dapat penulis simpulkan apabila melihat tajuk di bawah hasil daripada luahan hati YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad ini.


Mahathir akhirnya akui Najib berkuasa hingga 2018


Laporannya di sini.

Laporan berbahasa Inggeris oleh Reuters di sini.


Penulis ambil kesempatan ini untuk mengimbas kembali sajak YABhg. Tun M sempena hari lahirnya yang lalu iaitu 10 Julai 1925. Nota***Dalam buku A Doctor in the House, Dr M menyatakan tarikh lahir sebenarnya adalah 10 Julai 1925, tapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan.

MALAYSIA TANAHAIR -KU

13 JULAI 2015

Negara-ku Malaysia, Tanahair-ku, Tanah di mana sembilan puluh tahun dahulu
Darah tumpah dan aku dilahir
Di lahir sebagai anak bangsa yang dijajah
Aku membesar mempertuankan orang asing
Terhina dan dihina
Bangsa yang serba kekurangan
Tinggal dipondok berbumbung atap nipah
Berdinding, berlantai kayu
Namun aku lebih bahagia dari ramai bangsaku
Mereka tinggal di pondok robek, tiris apabila hujan
Tanpa pili air tanpa lampu letrik
Anak mereka berkaki ayam, berkudis
Demam panas dan kadang-kadang meninggal
Aku survive, aku ke sekolah, aku ke universiti
Nasib aku lebih baik
Allah Subhanahu Wataala kesian kepada aku
Setelah dijajah oleh satu bangsa, dijajah pula oleh dua bangsa lagi
Aku bertanya akan bangsaku selalunya dijajah orangkah?
Alhamdullilah, berkat kesedaran, berkat perjuangan, berkat perpaduan
Bangsaku dibebas, merdeka
Apakah merdeka hanya bermakna tidak dijajah orang
Apakah merdeka bermakna terus merana
Tidak, tidak, tidak
Merdeka bermakna kemajuan
Kemajuan sehingga berdiri sama tinggi
Duduk sama rendah dengan bekas penjajah dan bangsa lain
Bahkan mungkin lebih tinggi
Politik yang menyelamat dahulu
Terus membela bangsa
Negara dibangun, bangsa dibangun, agama di muliakan
Kemudian…
Malang dan sedih,
Bangsa yang berjiwa kental, bersemangat besi
Diserang oleh nafsu dan perasaan tamak
Aku dapat apa dari kemerdekaan tanya mereka?
Mana bahagian aku?
Dan semangat pun menjadi luntur, tidak terdaya mengawal nafsu
Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah
Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh orang-orang politik dan orang kaya
Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015


p.s Ya Allah, panjangkanlah usia YABhg. Tun Dr. Mahathir dan berilah kesihatan yang baik kepada beliau kerana Negara ini masih perlukan beliau. Amin!



LAGI UMNO CAWANGAN MENYATAKAN KEBENARAN ISI HATI DARIPADA MEREKA YANG SERING PIMPINAN UMNO SEBUT SEBAGAI 'AKAR UMBI'

Baca laporannya secara terus di sini.


13 cawangan Umno tuntut Najib undur

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/317013


Tiga belas cawangan Umno dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan hari ini menggesa supaya presiden mereka Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengetuai kumpulan itu berkata, sebagai pemimpin akar umbi beliau tidak berniat untuk menghukum presiden parti berhubung isu yang melanda negara ketika ini.
Namun, katanya, pengunduran Najib perlu dilakukan bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk presiden parti tetapi dalam masa yang begitu singkat untuk kita menghadapi pilihan raya yang akan datang, ini bukanlah masa untuk bersifat sentimental.
"Umno kini dilihat sebagai parti yang tidak berjaya menyelesaikan masalahnya sendiri.
"Kami bimbang dengan penyingkiran pemimpin tertentu akan menambah masalah sedia ada," katanya dalam sidang media di Teluk Kemang hari ini.
Berat mata memandang
Ketika ditanya sama ada Umno cawangan lain di bahagian Teluk Kemang turut sependapat dengan mereka, Kamarul Azman berkata pihaknya tidak berunding dengan ketua cawangan lain.
"Kita tak hubungi yang lain. Kita hanya mengadakan perbincangan antara kami, dan itu untuk permulaan," katanya sebelum menambah, bagi keseluruhan Umno di Teluk Kemang mempunyai 54 buah cawangan bernaung di bahagian berkenaan.
Selain itu, Kamarul Azman juga berkata, perubahan perlu dilakukan terhadap Umno dan ia bermula dari presiden sendiri untuk memastikan Umno kekal berkuasa selepas pilihan raya umum ke-14.
"Masanya telah tiba untuk Umno menerima perubahan. Perubahan kali ini perlu bermula dengan presiden parti yang kita kasihi.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
"Namun jika perpisahan ini adalah yang terbaik untuk Umno dan generasi bangsa Melayu, kita perlu menerima hakikat ini," katanya lagi.
Tiga belas cawangan Umno yang membuat desakan itu ialah Umno cawangan Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Datuk Abdul Samad, Taman Suwa Betung, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pacitan, Bunga Raya dan Taman Politeknik.



'PSY-WAR' TERHADAP TAN SRI TIMBALAN PRESIDEN UMNO OLEH MENTERI UMNO? MASIH ADAKAH KESETIAAN MENTERI INI KEPADA PARTI? BUKANKAH TAN SRI MUHYIDDIN TIMBALAN PRESIDEN PARTI?

Berikut adalah petikan daripada laman blog YB Dato' Seri Panglima Salleh Said Keruak.
Ikutinya di sini.


Saturday, October 24, 2015

Tan Sri Muhyiddin is forgetting history

Salleh Said Keruak  

Tan Sri Muhyiddin Yassin said today that he is not a ‘gunting dalam lipatan’. The closest English translation to this proverb would be a wolf in sheep’s clothing, meaning in short a betrayer. 

Muhyiddin said whatever he did he did for the good of the party and because he loves the party and not with intentions to destroy the party. He also said he is the lone voice in the party and condemned all those who refuse to voice out and speak their mind. How does giving ammunition to the opposition to hit the party be considered for the good of the party? 

Muhyiddin also complained that the Prime Minister is sidelining him and no longer gives him the respect and that he is no longer entrusted with the job of chairing certain meetings like in the past. Trust and respect need to be earned, not demanded, as the saying goes.

Maybe Muhyiddin forgot that when Tun Dr Mahathir Mohamad was no longer the Prime Minister and began criticising Prime Minister Tun Abdullah Badawi, it was Deputy Prime Minister Najib Tun Razak who publicly declared that his loyalty was with the Prime Minister. Muhyiddin, however, said and did nothing to defend Tun Abdullah.

Muhyiddin related how it was he who convinced Najib to take over as Prime Minister and that this was what Dr Mahathir wanted. “The thing with Najib is, he takes a long time to make up his mind,” Muhyiddin said.

What Muhyiddin left out from this story is that Najib did not want to betray the Prime Minister by going against him. Najib felt the deputy should be loyal to the number one. So it is not that Najib took a long time to make up his mind but more that Najib did not want to oust the Prime Minister.

If Muhyiddin wants to relate history then let it be the correct version of history. Muhyiddin said Dr Mahathir discussed the possibility of him taking over as Prime Minister. What Muhyiddin did not reveal was that Najib had refused to betray Tun Abdullah and instead publicly declared his support for the Prime Minister.

Sumber : http://sskeruak.blogspot.my/



Selasa, 20 Oktober 2015

BANK NEGARA TERUS ASAK 1MDB. PASTI BANK NEGARA LEBIH TAHU.

Dipetik daripada facebook Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohamad

BANK NEGARA TERUS MENENTANG 1MDB!!

Hari ini Bank Negara telah keluarkan kenyataan akhbar untuk gunakan sepenuh kuasa yang dimiliki mereka di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Act) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam untuk mendenda 1MDB!!!

Ini bermakna Peguam Negara SALAH!!! 

DOAKAN BUAT TAN SRI ZETI DAN BANK NEGARA!

SELAMATKAN NEGARA!!








Ahad, 18 Oktober 2015

NAJIB CUBA BANDINGKAN BETAPA 'BERSIH' NYA BELIAU DI KALA AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) TELAH PUN BELIAU MANSUHKAN



Berikut ialah tajuk laporan MalaysiaKini:


Najib: Periksa rekod berapa orang saya tahan ISA


Lihat laporan di sini.


Hujah admin:

1. Persoalannya, ISA telah dimansuhkan, jadi mengapa perbandingan dibuat dengan akta yang telah beliau mansuhkan? Ia umpama seorang profesor bijak di zaman ini mengatakan "Akulah profesor yang paling bijak dalam dunia. Buktinya, tengoklah rekod berapa kali saja yang Albert Einstein berjaya tewaskan aku. Tiada langsung kan?"

2. Jawapannya, memang tiada sebab Albert Einstein sudah lama mati.


Lihat laporan di sini.



Berikut pula adalah kajian Merdeka Centre tentang tahap sokongan masyarakat kepada Kerajaan:







KENAPA BN TERUS BERI 'PELURU' KEPADA PEMBANGKANG

Berikut ialah tajuk laporan The Malaysian Insider:


BR1M kurang kalau tak naikkan tol, kata Najib

OLEH KC NAZARI
Published: 18 October 2015 11:20 AM

Lihat laporan di sini.



Hujah admin:

1. Apa yang disebut oleh YAB PM a.k.a Najib Razak di dalam laporan ini adalah satu kenyataan yang akhirnya boleh mengelirukan orang ramai.

2. Selama ini kerap dijelaskan bahawa BR1M adalah untuk membantu masyarakat (Saya lebih suka menggunakan perkataan masyarakat berbanding rakyat kerana hanya Sultan yang mempunyai Rakyat dan bukan Perdana Menteri atau YB Wakil Rakyat).

3. Namun begitu, apa yang dikatakan oleh YAB PM pada Persidangan Perwakilan Nasional Ke-44 Parti GERAKAN hari ini menggambarkan bahawa BR1M ini ialah manifestasi kepada perbuatan 'gali lubang tutup lubang'. 

4. Pentadbiran seperti ini bukan satu pentadbiran yang cekap dan adil kerana ia jelas mengecewakan perasaan satu pihak untuk menyenangkan hati satu pihak yang lain.

5. BR1M ini ialah janji kerajaan kepada orang ramai. Kerajaan tidak pernah dipaksa atau didesak. Oleh itu, kerajaan seharusnya mempunyai perancangan yang teliti dan ampuh untuk melaksanakan janji ini tanpa perlu menjejaskan perkara-perkara lain. Namun apabila perkara lain terjejas untuk melaksanakan janji ini, maka ia bukan satu perjanjian yang baik.


Lihat laporan di sini.





Khamis, 8 Oktober 2015

TPP JEOPARDIZE MALAYSIA'S ECONOMIC DEVELEOPMENT

Kenyataan dari Joseph E. Stiglitz, Pemenang Nobel dalam bidang Ekonomi 


Dipetik daripada laman facebook Majlis Tindakan Ekonomi Melayu


KENYATAAN MEDIA
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Pemenang Nobel Joseph Stiglitz pinta PM Najib Razak dahulukan rakyat dalam perundingan TPP
1. Beberapa hari yang lepas, perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) telah melalui fasa yang paling akhir di mana perunding-perunding kanan telah bermesyuarat dari September 26 hingga 29 di Atlanta, Amerika Syarikat, untuk mendapatkan penyelesaian bagi perkara-perkara pokok yang masih tidak mendapat persetujuan dari semua pihak. Seterusnya pada 30 September dan 1 Oktober, menteri-menteri perdagangan negara perunding termasuk Malaysia pula bermesyuarat di Atlanta.
2. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bersama Bantah TPPA berharap bahawa perunding kerajaan tidak memilih jalan yang akan menyebabkan masa depan yang malap bagi negara kita. Perunding perlu tegas dan tidak memberi konsesi yang akan merugikan negara. Bagi Malaysia, antara perkara penting yang perlu dibincangkan dan dipertahankan ialah kenaikan harga ubat-ubatan akibat perlanjutan harta intelek (IP) dan juga isu syarikat milik kerajaan (SOE) serta hak-hak Bumiputera yang mungkin akan terjejas jika perjanjian TPP di tandatangani. Apakah hasil rundingan yang terakhir ini akan berpihak kepada Malaysia?
3. Pemenang Nobel dalam bidang Ekonomi Joseph Stiglitz menyatakan di dalam artikelnya yang terbaru khusus mengenai Malaysia dan TPPA iaitu “Don’t let TPP jeopardize Malaysia’s Economic Development” bahawa dari pengamatannya perunding Malaysia banyak mengalah dan tidak cekap melindungi kepentingan Malaysia. Strategi perunding Malaysia seperti tidak masuk akal kerana akan mengakibatkan Malaysia kerugian besar. Stiglitz menulis: “It is less clear why they would, given the economic loss Malaysia is expected to get in return for such a deal. Typically, one thinks of negotiation as one side giving something in order to get something else in return. But with the TPP, it is not clear what Malaysia would be getting.”
4. Menurut Stiglitz, ini adalah peluang terakhir bagi Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak untuk menukar arah kerana jika TPP ditandatangani, Malaysia sebagai negara membangun akan menghadapi situasi yang tidak adil berbanding negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Kanada dan Australia. “Prime Minister Najib Razak is facing his last best chance to reverse the course of the Trans-Pacific Partnership, or TPP, a new international economic agreement that would lock in unequal trading relationships between advanced economy countries like the United States, Japan, Canada, and Australia, and developing economies like Malaysia.”
5. Bagi pakar ekonomi itu, perjanjian TPP “bukanlah perjanjian perdagangan bebas tetapi sebenarnya adalah perjanjian perdagangan yang diuruskan (managed trade agreements) dan lazimnya dikendalikan untuk kepentingan-kepentingan korporat”. TPP sebenarnya bukanlah satu “perkongsian” tetapi lebih kepada “perkongsian khas” di mana hanya satu negara iaitu Amerika Syarikat yang berkuasa menentukan sebahagian besar agenda.
6. Sebelum ini, Bantah pernah menyatakan bahawa sektor pertanian akan menghadapi impak yang negatif serta saingan yang besar dari produk pertanian yang akan memasuki negari ini setelah TPP ditandatangani. Stiglitz pula menambah bahawa “sektor perindustrian dan pelaburan juga akan mengalami kejutan dari segi pekerjaan” walaupun pihak kerajaan sentiasa meuar-uarkan bahawa TPP akan memberi peluang pekerjaan yang lebih. Yang mengejutkan lagi ialah pendapat Stiglitz bahawa, sektor-sektor lain yang akan terjejas termasuklah “besi dan keluli, aluminum, bahanapi galian (mineral fuels), plastik dan getah”.
7. Walaupun impak kepada industri Malaysia tampak negatif, namun bahaya TPP adalah lebih meluas. Terdapat pelbagai ciri-ciri lain yang menunjukkan bahawa perjanjian ini akan mendatangkan keburukan yang lebih besar dari yang dijangka. Pertama, TPP akan menghalang kerajaan daripada meluluskan peraturan atau undang-undang untuk melindungi kesihatan dan keselamatan awam serta alam sekitar, atau mana-mana aspek lain bagi kebaikan awam. Ini kerana TPP mengandungi mekanisma Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) yang akan membenarkan warga asing untuk menyaman kerajaan apabila mereka berpendapat peraturan-peraturan tersebut akan menjejaskan keuntungan mereka.
8. Kedua, TPP akan menghalang, atau seperti kata Stiglitz “mengharamkan” atau “outlaw” usaha negara untuk melindungi Malaysia dari spekulator kewangan antarabangsa. “Sepertimana yang Malaysia sedia maklum dan yang telah dialami semasa Krisis Kewangan 1997 – 98, aliran modal jangka pendek yang tidak terkawal boleh menyebabkan ketidakstabilan dan menggalakkan krisis. Pada waktu itu, Malaysia telah menggunakan kawalan modal untuk melindungi rakyatnya dari kesan buruk krisis tersebut,” tulis Stiglitz. Dengan TPP, Malaysia akan dihalang dari melaksanakan kawalan modal yang telah pada krisis terdahulu menyelamatkan Malaysia dari kesan yang lebih buruk lagi, seperti berhutang dengan IMF atau Tabung Kewangan Antarabangsa.
9. Ketiga, TPP akan menyebabkan ketidaksamarataan ekonomi dari segi perlanjutan kadar perlindungan harta intelek (IP) yang akan memberi keuntungan yang lebih kepada pemilik IP dengan mengorbankan hak keperluan awam. Dia menyatakan, “Impak ini sangat jelas jika kita mengambil kira betapa ketatnya peraturan IP bagi ubat-ubatan yang boleh menyelamatkan nyawa. Dengan dorongan pelobi “Big Pharma”, perunding AS sedang memaksa negara-negara TPP untuk menerima perlindungan yang dikatakan akan meningkatkan keuntungan, bukan dari penghasilan ubat-ubatan baru tetapi dari menyekat bakal pesaing dari memasuki pasaran dan mengenakan harga yang tinggi yang perlu ditanggung oleh pengguna.”
10. Jika dilakukan dengan betul, kata Stiglitz, “integrasi perdagangan dan pelaburan dengan seluruh dunia akan menjanjikan kebaikan atau keuntungan yang besar bagi Malaysia, namun TPP bukanlah cara untuk mendapatkannya”.
11. Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak haruslah mengarahkan perunding Malaysia untuk memastikan yang terbaik bagi rakyat dan negara ini jika beliau betul-betul percaya bahawa rakyat perlu didahulukan, tegas Stiglitz.

Mohd Nizam Mahshar
Pengerusi
Bantah TPPA



KENYATAAN TEGAS PENGERUSI MAJLIS TINDAKAN EKONOMI MELAYU (MTEM)

Dipetik dari : http://www.ismaweb.net/2015/10/perundingan-tppa-tamat-black-monday-bagi-malaysia-dan-rakyatnya-mtem/

Kenyataan Media MTEM-Bantah TPPA
1. Oktober 5, 2015. Satu hari yang sangat menyedihkan bagi Malaysia dan rakyatnya. Tidak salah jika Isnin pertama di dalam bulan Oktober tahun ini digelar sebagai “Black Monday”.
2. Perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) telah berakhir semalam (kelmarin) di Atlanta, Amerika Syarikat. Di dalam sebuah kenyataan media, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed menyatakan bahawa orang ramai boleh meneliti teks perjanjian yang lengkap dan rasmi apabila ia dikeluarkan nanti. Dokumen lengkap itu juga akan dibahaskan di Parlimen.
3. Sesungguhnya, kenyataan Datuk Seri tiada maknanya. Walaupun kandungan Perjanjian tersebut boleh dibahaskan, ia tidak boleh dipinda sama sekali. Pendapat umum juga tidak dapat mengubah apa-apa peruntukan di dalam perjanjian. Kita boleh berdebat mengenai setiap klausa di dalam Perjanjian dan menunjukkan kekuatan atau kelemahannya TETAPI kita tidak boleh mengubah apa-apa perkataan atau ayat atau perenggan. Selepas lima tahun berunding, penggubal undang-undang dan rakyat Malaysia hanya boleh memberi pendapat yang tidak dapat digunapakai kerana hanya keputusan YA atau TIDAK sahaja yang diperlukan. Dan kata putus ini hanya boleh dibuat oleh Perdana Menteri kita, di atas nasihat Kabinet.
4. Apa yang dijanjikan oleh Datuk Seri hanyalah suatu perbahasan di Parlimen. Apa yang tidak diterangkan kepada umum ialah kelulusan parlimen TIDAK DIPERLUKAN bagi menandatangani mana-mana perjanjian perdagangan antarabangsa, termasuklah TPPA. Kuasa untuk menentukan Malaysia berada di dalam TPPA berada di dalam tangan pihak Eksekutif.
5. MITI tidak perlu bermanis mulut. Perjanjian ini adalah MUKTAMAD. Tiada satu negara pun yang pernah menarik diri daripada sebuah perjanjian perdagangan setelah perundingan diselesaikan.
6. Malaysia tidak boleh meminda apa-apa klausa pun semasa proses ratifikasi yang akan memakan selama dua tahun. Semasa proses ini, apa yang perlu dipinda adalah undang-undang domestik, dan juga  Perlembagaan negara jika perlu, agar ia mematuhi TPPA. Perlu diingatkan bahawa ratifikasi TIDAK memerlukan kelulusan Parlimen. Ratifikasi adalah seperti tempoh bertenang (cooling off period); selepas itu Malaysia perlu bersedia menghadapi ancaman saman mahkamah antarabangsa oleh pelabur asing melalui mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS), dan juga melalui mekanisme Penyelesaian Pertikaian Antara Negara (SSDS) yang mungkin melibatkan sekatan perdagangan.
7. Pegawai-pegawai yang berkenaan telah membuat pelbagai kenyataan yang kurang jelas dan mengelirukan mengenai keseluruhan proses TPPA kepada umum/media. Berdasarkan komen yang kami dapati daripada laman rangkaian sosial dan perbincangan kami dengan pihak media, kami boleh merumuskan bahawa ramai di luar sana yang menganggap bahawa perjanjian perdagangan ini boleh diubah melalui proses domestik setelah rundingan ditamatkan dengan beberapa cara berikut iaitu legal scrubbing, konsultasi, bahas parlimen ataupun semasa proses ratifikasi. Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa TIADA PERUBAHAN yang boleh dibuat selepas proses perundingan tamat.
8. Bantah telah menghantar pelbagai soalan, memorandum dan cadangan kepada pihak kerajaan mengenai TPP; namum kami tidak dapat satu pun jawapan yang memuaskan. Sebaliknya apa yang telah diberikan hanyalah maklum balas yang bersifat umum, tidak spesifik dan “superficial”.
9. Analisa Kos Faedah (Cost Benefit Analysis CBA) atau Analisa Kepentingan Negara (National Interes Analysis, NIA) yang telah dijanjikan oleh pihak MITI telah banyak kali tertangguh dan sejak akhir tahun lalu, tarikh penyelesaiannya ditangguhkan setiap bulan sejak Mei 2015. Sehingga kini, ia belum lagi disiapkan dan dibentangkan di Parlimen. Keadaan ini sungguh tidak masuk akal memandangkan kita hanya ada tiga (3) bulan daripada tarikh rasmi tamat perundingan TPPA hingga ke tarikh perjanjian itu akan ditandatangani oleh pemimpin negara. Jika analisa-analisa ini dilakukan pada peringkat awal, ia boleh memberikan rakyat dan pihak berkepentingan pemahaman yang lebih mendalam terhadap TPPA dan implikasinya.
10. Adakah tiga (3) bulan cukup bagi kita untuk memahami, menganalisis, membahaskan, mendidik orang awan dan juga membuat keputusan yang sangat penting bagi Malaysia? Mengapa ia tidak dilakukan dalam tempoh lima (5) tahun yang lepas semasa rundingan sedang berjalan? Dalam hal ini, kami percaya kerajaan telah GAGAL dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap rakyat kerana tidak berjaya untuk melakukan satu kajian mendalam seperti sebuah CBA yang boleh dibahaskan sebelum rundingan TPPA tamat pada Oktober 5, 2015.
11. Walaupun rundingan telah selesai, Bantah masih bertegas dan tanpa ragu-ragu berpegang kepada pendapat bahawa TPPA tidak akan memberi manfaat kepada Malaysia, terutama sekali di dalam konteks perdagangan ataupun ekonomi. Ia juga tidak akan memberi manfaat kepada mata pencarian rakyatnya. Tiada bukti telah dikemukakan dalam tempoh lima tahun yang lalu, tidak ada data konkrit, fakta atau analisis, selain omong kosong oleh mereka yang menyokong dan mengangkat TPPA sebagai satu perubahan yang baik untuk negara.
12. Pendapat kami tidak pernah berubah dan secara konsistennya kami menyatakan kegusaran kami mengenai TPPA melalui laporan yang diterbitkan tahun lepas “TPPA Malaysia is Not for Sale” dan juga 77 “redlines” atau garis merah di mana kami menyenaraikan antara masalah utama akibat TPPA ialah: 
• Sekatan ke atas ruang dasar Kerajaan (policy space)
• pencerobohan kedaulatan undang-undang dan politik 
• PKS dan industri baru (infant industries) akan menghadapi impak besar
• Impak yang besar ke atas kos ubat-ubatan yang akan meningkat
• Kesan terhadap hak intelek (Intellectual Property IP) yang akan juga memberi kesan kepada institusi ilmu dan industri informasi (information industries)
• Perusahaan/Syarikat Milik Negara (State Owned Enterprises SOEs) tidak boleh berfungsi sebagai badan komersial dan sosial yang dipandu oleh objektif nasional
• Pelabur/Syarikat luar perlu diberi layanan sama atau lebih baik dari syarikat tempatan
13. Kami percaya konsesi yang diberi dari segi pengecualian, kelonggaran, tempoh peralihan dan “differential treatment” bukanlah “safe solutions” atau langkah penyelesaian yang selamat tetapi adalah semata-mata taktik yang penuh dengan perangkap tersembunyi yang memudaratkan.
14. Bermula dari semalam (Oktober 5, 2015) hinggalah 90 hari yang berikutnya, Malaysia mempunyai hanya DUA (2) pilihan: TERIMA TPPA atau TOLAK TPPA.
15. Namun, kami percaya rakyat masih boleh bersuara. Kita ada KUASA untuk bersuara, memberikan pendapat yang ikhlas. Oleh itu, berikanlah pandangan anda. BERSUARALAH.
16. Menurut pemenang Anugerah Nobel dalam bidang Ekonomi Joseph E Stiglitz dan juga Adam S Hersh di dalam artikel “Don’t let TPP jeopardize Malaysia’s Economic Development” yang disebarkan oleh Bantah minggu lepas: “Perjanjian seperti ini bukanlah perjanjian perdagangan bebas tetapi sebenarnya adalah perjanjian perdagangan yang diuruskan (managed trade agreements) dan lazimnya dikendalikan untuk kepentingan-kepentingan korporat.” Kita juga patut risau dengan kenyataan ini: “. Tidak menghairankan bahawa pemenang besar adalah kepentingan korporat di Amerika Syarikat, yang rugi besar adalah rakyat biasa di Amerika Syarikat dan di tempat lain.”
17. Majlis menandatangani Perjanjian TPP pada Januari 2016 akan bertepatan dengan ulang tahun 140 tahun Perjanjian Pangkor. Fikir-fikirkanlah.
18. Ini adalah legasi pemimpin kita. Keputusannya akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia dan generasi seterusnya.
19. Jangan biarkan sejarah berulang.
20. Tolak TPPA. Hentikan TPPA.
Mohd Nizam Mahshar
Pengerusi BANTAH TPPA
6 Oktober 2015



ENTRI TERBARU DARI BLOG TUN DR. MAHATHIR

Dipetik dari : http://chedet.cc/?p=1880

TAWAU

1. Saya berada di Tawau pada 5 Oktober di atas jemputan dari seorang bekas calon parti lawan.

2. Ramai ahli UMNO di Sabah tidak dapat hadir bicara negarawan yang diadakan kerana dianjur oleh bukan UMNO. Kata mereka SUA UMNO amat marah jika ada ahli atau pemimpin yang hadir diperhimpunan ini.

3. Sesungguhnya saya sudah 15 tahun tidak ke Tawau. Sebab itu walaupun jemputan datang dari musuh UMNO saya terima kerana saya ingin lihat perubahan di Tawau. Kalau nak tunggu UMNO jemput, sampai bila pun saya tidak dapat lihat Tawau. Saya ini, walaupun masih ahli UMNO dan biasa menjadi Presiden UMNO, dianggap oleh kepimpinan UMNO sekarang sebagai musuh parti yang saya pimpin selama 22 tahun.

4. Ya lah. Saya tidak bersetuju dengan Dato Seri Najib, Presiden UMNO dan saya desak supaya dia disingkir. Tetapi dahulu saya juga cuba dijatuhkan oleh Tengku Razaleigh dan Musa Hitam. Tujuan mereka apabila mereka bertanding melawan saya dan Ghaffar ialah supaya saya tidak jadi Presiden lagi dan tidak jadi Perdana Menteri. Mereka berhajat menjatuhkan saya.

5. Saya tidak larang mereka berkempen di kalangan ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli UMNO tidak dilarang oleh saya menghadiri kempen mereka. Bahagian-bahagian UMNO menjemput mereka untuk merasmikan mesyuarat Bahagian dan mereka berkempen semasa perasmian dan dimasa-masa lain.

6. Ada Bahagian yang mencalon Tengku Razaleigh dan Musa Hitam sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Saya tidak anggap mereka musuh saya dan perlu diambil tindakan. Tidak ada larangan terhadap pencalonan oleh mereka kerana ini memang cara demokrasi. Diwaktu ini calon-calon untuk Presiden Amerika Syarikat sibuk berkempen dimana-mana sahaja, kerana inilah cara demokrasi.

7. Tetapi sekarang Presiden UMNO belum pun dicabar secara rasmi sudah tidak benar saya berjumpa dengan pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Ada unsur ugutan dalam arahan ini. Akan diambil tindakan, akan dibuang dari parti, akan disiasat. Masa depan dalam parti akan menjadi gelap. Tidak boleh jadi pemimpin lagi; tidak akan dijadikan calon lagi.

8. Dimasa yang sama sesiapa yang menegur Presiden dituduh cuba sabotaj, cuba menggugat demokrasi, menjatuhkan Presiden yang dipilih secara demokratik. Mereka yang membuat laporan polis kerana kehilangan duit Kerajaan disoal dan disiasat, dijadikan muflis. Dan seterusnya ditahan. Apabila dibebas oleh mahkamah ditangkap semula bawah undang-undang baru Sosma, undang-undang kononnya untuk terrorist pengganas.

9. Apakah orang yang melapor kepada polis berkenaan jenayah yang berlaku boleh dituduh jadi pengganas.

10. Sambil melaung-laungkan demokrasi peguam pihak yang dituduh pun disoal siasat. Peguam pun hendak ditakutkan.

11. Semua ini menakutkan rakyat, terutama ahli UMNO dan pemimpin kerdilnya. Mereka tahu ada perkara yang salah yang sedang berlaku. Tetapi mulut mereka ditutup. Telinga juga ditutup.

12. Kebebasan bersurat khabar yang kononnya didokong oleh Kerajaan ditutup kerana melapor berkenaan jenayah 1MDB dan lain-lain.

13. Imej negara ini sudah bertukar dari demokrasi kepada seakan-akan police state dimana undang-undang disalahguna untuk menakutkan rakyat. Kesalahan Kerajaan dan Perdana Menteri tidak boleh disebut pun. Perjumpaan rakyat dihalang dengan berbagai cara, dituduh rasis dan Kerajaan menggalakkan demonstrasi rasis diadakan kerana kononnya perhimpunan bersih yang bertujuan meminta Najib berhenti didakwa adalah rasis, satu percubaan orang Cina menjatuhkan Kerajaan Melayu.

14. Kerajaan menuduh sesiapa yang mendedah kesalahan Najib sebagai percubaan mengguling Kerajaan secara tidak demokratik.

15. Sebenarnya Kerajaanlah yang dengan mengugut bertindak terhadap rakyat, melarang ahli UMNO dari mendengar syarahan politik, Kerajaan sudah tidak demokratik lagi. Tidak ada demokrasi untuk diruntuh oleh rakyat, kerana demokrasi sudah pun dimusnah oleh Kerajaan.

16. Alhamdulillah, ada beribu orang Sabah yang tidak gentar dengan ugutan dan mereka hadir di perhimpunan di Tawau.

KENYATAAN MEDIA YB TAN SRI DATO' HJ. MUHYIDDIN YASSIN 
TIMBALAN PRESIDEN UMNO 
BERKAITAN TITAH RAJA-RAJA MELAYU TERHADAP PENYIASATAN KES 1MDB





KENYATAAN MEDIA
YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
Saya amat menyambut baik dan menjunjung kasih titah DYMM Raja-Raja Melayu supaya kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap piha-pihak yang terlibat. Titah yang terkandung dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Peyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad semalam menunjukkan keprihatinan DYMM Raja-Raja terhadap kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
DYMM Raja-Raja pada kebiasaannya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali ianya melibatkan isu besar yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara. Apabila DYMM Raja Raja bertitah mengenai isu 1MDB, ini menandakan 1MDB adalah satu isu yang amat besar pada hemat baginda sekalian dan membayangkan kebimbangan mereka tentang kesan negatif kemelut 1MDB terhadap rakyat jelata dan negara. Titah DYMM Raja-Raja dalam hal ini amatlah saya hargai dan sanjung tinggi.
Oleh kerana DYMM Raja-Raja telah bertitah menggesa kerajaan supaya bertindak segera menyelesaikan kemelut 1MDB, maka pihak yang sewajarnya menjunjung titah baginda sekalian ialah YAB Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan. Tanggungjawab menyelesaikan isu ini akhirnya terpikul di bahu YAB Perdana Menteri sendiri.
Beliau mesti memastikan siasatan terhadap 1MDB oleh agensi-agensi berkaitan dijalankan secara telus, adil dan berkecuali tanpa sebarang gangguan atau campur tangan daripada mana-mana pihak. Lebih penting lagi, jika hasil siasatian mendapati terdapat pihak-pihak yang melanggar undang-undang, maka tindakan undang-undang perlu diambil dengan kadar segera tanpa rasa takut dan pilih kasih.
Sehingga kini, masih tiada sebarang tindakan diambil ke atas mana-mana pihak berhubung skandal 1MDB. Sepertimana yang dilaporkan oleh media, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia, telah membuat kenyataan bahawa BNM telah pun menyelesaikan siasatan berhubung transaksi 1MDB dan hasil siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara pada bulan Ogos yang lalu.
Jika hasil siasatan Bank Negara mengandungi bukti-bukti yang boleh mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang negara, maka adalah menjadi tanggungjawab Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa mereka yang terbabit di mahkamah.
Saya khuatir oleh kerana kemelut 1MDB adalah satu isu yang menyentuh kepentingan awam, maka kelewatan Peguam Negara membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan akan menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis. Adalah wajar bagi Peguam Negara tampil dalam masa terdekat untuk memaklumkan kepada masyarakat umum mengenai perkembangan mutakhir berhubung perkara ini.
Mengambil semangat titah DYMM Raja-Raja berhubung kemelut 1MDB, agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang dahulunya terlibat dalam Pasukan Petugas Khas siasatan terhadap 1MDB mesti diberikan ruang yang seluas-luasnya untuk meneruskan siasatan terhadap syarikat ini hingga selesai dan menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Begitu juga dengan siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Keanggotaan PAC mesti diisi dengan segera untuk membolehkan jawatankuasa ini meneruskan siasatan mereka terhadap 1MDB. Amat malang sekiranya siasatan oleh PAC terbengkalai hanya disebabkan beberapa ahlinya menerima pelantikan sebagai anggota pentadbiran kerajaan persekutuan ekoran rombakan kabinet baru-baru ini.
Masyarakat umum juga tertunggu-tunggu laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Laporan awal mengenainya telah pun diserahkan kepada PAC. Dengan siasatan oleh PAC yang tergendala setakat ini, masyarakat umum pastinya ingin mengetahui status laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB.
Pada hemat saya, perkembangan siasatan dan pendakwaan berhubung skandal 1MDB amat mendukacitakan. Di satu peringkat kerajaan kelihatan serius untuk menyelesaikan kemelut ini, tetapi kemudiannya perkembangan proses siasatan kelihatan perlahan dan hampir tergendala. Seolahnya terdapat tangan-tangan ghaib yang sengaja mahu menutup kesalahan pihak-pihak tertentu. Ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
Saya juga berasa bimbang dengan tindakan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat laporan mengenai 1MDB. Yang terbaharu ialah penahanan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012 semata-mata kerana tindakan beliau membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa di luar negara berhubung transaksi 1MDB.
Seingat saya SOSMA adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen negara kita untuk membendung kegiatan keganasan atau terrorisme. Adakah tindakan membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa berhubung transaksi yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta merupakan satu kegiatan keganasan? Adakah 1MDB kini telah menjadi satu institusi yang kebal dan amat dilindungi oleh pihak berkuasa negara kita? Saya tidak fikir begitu. Membuat laporan terhadap 1MDB bukanlah satu kegiatan keganasan dan 1MDB bukanlah sebuah institusi yang kebal. 1MDB adalah satu entiti yang tertakluk kepada undang-undang negara.
Memandangkan DYMM Raja-Raja telahpun bertitah menggesa kerajaan menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terbabit, maka pada hemat saya adalah amat wajar bagi warganegara yang prihatin menyuarakan kebimbangan mereka mengenai isu 1MDB atau membuat laporan kepada mana-mana pihak berkuasa supaya menyiasat setiap dakwaan terhadap 1MDB secara telus, adil dan berkecuali. Mereka yang membuat laporan mengenai 1MDB sewajarnya mendapat perlindungan undang-undang dan bukan sebaliknya.
Malaysia adalah sebuah negara yang berpaksikan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berasaskan perlembagaan dan undang-undang negara dalam menyelesaikan kemelut 1MDB bukan sahaja akan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan semakin terhakis malah mencemarkan nama Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.
Dalam beberapa lawatan saya ke luar negara yang mutakhir ini, saya sering ditanya oleh pemimpin negara luar tentang isu 1MDB. Mereka berasa amat hairan dengan apa yang terjadi kepada negara kita. Mereka tidak percaya sebuah syarikat pelaburan strategik negara menanggung hutang berbillion ringgit dan menghadapi masalah aliran tunai yang kronik sehingga tidak mampu untuk membayar hutang-piutang syarikat. Lebih malang jika wang dalam kantung syarikat ini juga telah lesap.
Malaysia adalah sebuah negara yang amat dihormati oleh masyarakat antarabangsa dan diyakini oleh para pelabur dan pedagang di seluruh dunia. Janganlah kita biarkan kemelut 1MDB mencemarkan nama baik Malaysia. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Oleh yang demikian, amatlah wajar bagi kerajaan dan pihak berkuasa negara kita menjunjung sepenuhnya titah DYMM Raja-Raja Melayu supaya menyelesaikan segera kemelut 1MDB dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Presiden UMNO
7 Oktober 2015

Sumber : https://www.facebook.com/Muhyiddin-Yassin-112183975526837/timeline/



TUN M SUDAH CABAR NAJIB PADA TAHUN 2021

Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M ...