Isnin, 2 Mac 2020

SENJATA RAHSIA

  1. Semasa kerajaan HARAPAN masih berkuasa, banyak kedengaran kritikan terhadap kelemahan di dalam sistem komunikasi dan jentera penerangan kerajaan. Antara watak penting di dalam pasukan kerajaan HARAPAN yang turut menyentuh isu ini adalah YABhg. Tun Dr. Daim Zainuddin. 
  2. Umum tahu siapa Tun Dr. Daim dengan Tun Dr. Mahathir. Keakraban di antara mereka berdua di dalam politik dan pentadbiran ibarat rapatnya Tun Dr. Ismail dengan Tun Abdul Razak.
  3. Antara perkara yang disebut oleh Tun Daim adalah kerajaan HARAPAN sepatutnya berhenti menyalahkan kerajaan terdahulu dan fokus kepada kerja. 
  4. Selain itu, katanya lagi inisiatif kerajaan dalam memperbaiki pentadbiran negara yang rosak perlu diterangkan dengan jelas kepada rakyat supaya kerajaan tidak menjadi sasaran pembangkang yang mendakwa kerajaan tidak lakukan apa-apa untuk kebaikan negara.
  5. Walau bagaimanapun, kebimbangan tentang kelemahan jentera komunikasi ini tidak bersambut. Menteri Komunikasi dan Multimedia seperti endah tak endah. Jentera penerangan parti apatah lagi. And the rest is history.
  6. Setelah YAB Tan Sri Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8, baru dapat dilihat asakan demi asakan dibuat terhadap kerajaan lama BN oleh Tun Dr. Mahathir sendiri. Netizen disegarkan semula dengan kelakuan kleptokrat yang merosakkan pentadbiran negara. Kita juga diulang-ingatkan tentang watak-watak yang sedang melalui perbicaraan di mahkamah. Ia seperti telah "refresh" minda rakyat bahawa para kleptokrat ini masih bebas di luar sana.
  7. Mood yang dirasai seperti mood yang pernah dirasai semasa rakyat bangkit menunjukkan sokongan kepada Pakatan Harapan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihanraya umum ke-14 yang lalu.
  8. Keadaan ini seolah-olah, rakyat telah mendapat semula heronya yang banyak membongkarkan keburukan BN dengan membangkitkan isu-isu penyelewengan dan tingkah laku penyamun serta penyagak yang disebut berulang-ulang.
  9. Mungkin mesej Tun Dr. Mahathir kepada jentera kerajaan HARAPAN dan pasukan penerangan parti HARAPAN adalah, "Kalau kamu tidak mahu buat, biar saya buat".
  10. Jadi, para pemimpin UMNO jangan cepat rasa selesa. Asakan demi asakan ini akan membuatkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin perlu memenuhi kehendak rakyat iaitu meneruskan pendakwaan terhadap kes berprofil tinggi dan pastikan mereka ke penjara. Barangkali inilah senjata rahsia. The tiger is back on business. Watch out!


TUN M SUDAH CABAR NAJIB PADA TAHUN 2021

Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M ...