Khamis, 6 Disember 2018

Get rid of ‘bangsa’, ‘agama’ in MyKad to achieve unity, says critic


1.    Ini adalah tajuk yang digunakan oleh portal Free Malaysia Today pada 2 Disember 2018 yang lalu. Apa yang jadi persoalannya bukan tajuk tu, tetapi isinya. Ia tentang Mariam Mokhtar yang menegaskan perlunya klasifikasi atau identiti kaum termasuk agama ditiadakan di dalam Kad Pengenalan. Anda setuju? Jawapan saya mudah. TIDAK. 









https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/12/02/get-rid-of-bangsa-agama-in-mykad-to-achieve-unity-says-critic/


Sabtu, 20 Oktober 2018

Pendakwaan Terpilih? Itu kata Ketua Puteri UMNO


Hari ini umum mengetahui yang Presiden UMNO telah dituduh dengan lebih 30 tuduhan melibatkan penggubahan wang haram, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Ketua Puteri UMNO memilih untuk berkata bahawa Kerajaan sebenarnya mahu mengalihkan perhatian rakyat kepada kegagalan Kerajaan untuk memenuhi janji Manifesto.

Jika kita amati dengan teliti, YAB Perdana Menteri tidak pernah memberi apa-apa kenyataan tentang siasatan ke atas YB Presiden UMNO.

Keadaan ini berbeza dengan Najib dulu yang selalu menyebut tentang rancangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung tragedi Memali dan telah pun melengkapkan siasatan daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kes Forex yang berlaku 30 tahun lalu.

Pendakwaan terpilih? Stop it Datuk Zahida, stop it!

Khamis, 6 September 2018


PENDEDAHAN TUN DAIM ZAINUDDIN DI TV3


1.    Pendedahan yang dibuat oleh YABhg. Tun Daim Zainuddin  pada 6 September 2018 yang lalu boleh saya katakan sebagai penjelasan yang amat saya nantikan begitu juga rakyat Malaysia yang lain. Penjelasan mudah dan "clear cut" memudahkan pemahaman dan isu-isu yang menjadi tanda tanya selama ini dikupas dengan baik oleh beliau termasuk tentang hubungkait Jho Low dengan skandal 1MDB. 

2.    Ya Allah, semoga Malaysia akan terus dikurniakan dengan orang Melayu yang berkebolehan tinggi seperti Tun Daim bagi meletakkan agenda negara terus kekal cemerlang untuk generasi akan datang. Amin.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/470378/transkrip-penuh-temu-bual-daim

Rabu, 18 Julai 2018

NAJIB, ZETI DAN 2.6 BILLION


1.  Sejak Kerajaan Harapan dilihat mengambil langkah drastik dengan memberikan kuasa kepada PDRM untuk menjalankan siasatan terhadap 1MDB, antara cakap-cakap yang menjadi perbualan adalah dakwaan Najib bahawa Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang merupakan Gabenor BNM semasa skandal 1MDB meletus tahu berkenaan kemasukan RM2.6 Billion ke dalam akaun Najib sebagai derma daripada negara Timur Tengah.

2.  Dakwaan ini dimainkan oleh media sosial pro-Najib dan saki baki penyokong yang masih ada antaranya di dalam jabatan-jabatan Kerajaan. Nampaknya ada yang masih belum move on bahawa Barisan Nasional (BN) bukan lagi Kerajaan dan dalam masa 5 tahun ini Kerajaan yang sah adalah Harapan. Pada saya berita ini pastinya tidak benar dan kenapa kakitangan Kerajaan masih ada yang boleh percaya pada Najib yang sebelum ini jelas hidup dalam penafian?


3.  Saya menegaskan bahawa pastinya Tan Sri Zeti dipaksa untuk mengeluarkan kenyataan pengakuan bahawa beliau tahu tentang perkara tersebut. Buktinya, Tan Sri Zeti memilih untuk tidak lagi menyambung khidmat sebagai Gabenor Bank Negara yang mana sebagai seorang yang berada di puncak sebuah badan kewangan tertinggi negara dan berhadapan dengan skandal kewangan terbesar dalam sejarah Negara, adalah tidak masuk akal dengan secara mudah Tan Sri Zeti membuat keputusan untuk meninggalkan BNM.


4.  Akhirnya perkara ini terjawab dengan kenyataan sendiri daripada Tan Sri Zeti...


Najib Minta Saya Kata Dia Tak Lakukan Sebarang Kesalahan - Zeti









Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz menolak dakwaan bahawa 
beliau menyedari tentang RM2.6 bilion dalam akaun Ambank Najib sebelum pilihan 
raya umum 2013 (PRU13) tetapi tidak mempersoalkan perkara itu.

"Saya ingin menyatakan bahawa dakwaan ini adalah salah. Saya tidak mempunyai 
pengetahuan tentang RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaunnya," katanya dalam 
satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam selepas penangkapan Najib.

Zeti juga mendakwa bahawa pada 3 Julai 2015, beliau dipanggil ke Pejabat Perdana 
Menteri di Putrajaya apabila skandal itu meletus.

"Dia meminta saya untuk mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak melakukan 
sebarang kesalahan berhubung akaunnya itu.

"Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan 
seperti itu kerana saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai urusan 
dalam akaunnya," katanya.

Menurut Zeti, seorang menteri kabinet, yang tidak namakan, juga membuat 
permintaan yang sama dan beliau memberitahunya keputusan yang sama.

Bekas gabenor bank pusat itu mengulas dakwaan Najib dalam satu wawancara 
eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu, yang berkata Zeti menyedari mengenai 
transaksi itu tetapi tidak mempersoalkannya. "Jika Bank Negara tahu tentang dana 
ini, dan mereka ada bayangan atau pengetahuan bahawa mungkin akan ada 
keraguan tentang sumbernya, mereka patut beritahu saya."Tetapi ia tidak berlaku. 
Jadi saya menyangka ia tiada masalah," katanya dalam wawancara itu. Ditanya 
sekali lagi sama ada Zeti tidak membangkitkan sebarang amaran, 
Najib menjawab: "Tidak, tiada maklum balas daripada Bank Negara. Saya sangka 
semuanya baik."- Malaysiakini

Isnin, 9 Julai 2018

Kuasa Bukan Untuk Kayakan Diri - Dr Mahathir

Hari ini Astro Awani melaporkan Perdana Menteri menyebut tentang budaya Kerajaan terdahulu yang menjadikan kuasa untuk memperkayakan diri sendiri. Tentu lah apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri ini satu perkara yang dialu-alukan oleh semua sesuai dengan misi Kerajaan kini yang ingin mewujudkan imej bebas rasuah dan bermewah-mewah di mata masyarakat.

Sudah agak lama juga saya tidak mengemaskini laman sesawang ini. Kemenangan Perdana Menteri YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada PRU14 yang lalu menimbulkan minat untuk saya kembali menulis. Tentunya apa yang ingin saya ketengahkan adalah dasar-dasar mesra rakyat oleh Kerajaan untuk kelestarian pentadbiran yang baik.


Kita tengok apa yang dilaporkan oleh Astro Awani....




PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan para pentadbir dan penjawat awam untuk tidak menggunakan kuasa yang diberi demi kepentingan peribadi, keluarga atau sahabat handai.

Berucap ketika perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Putra, beliau berkata penting untuk setiap penjawat awam mengamalkan nilai murni dalam menjalankan tugas mereka.


"Kuasa yang diberi bukan untuk kita raih kekayaan tetapi kuasa diberi untuk tujuan tertentu bagi mentadbirkan negara tercinta dengan sebaik mungkin dan kita punyai kebolehan yang diperlukan dengan nilai hidup yang mulia," katanya,



Namun, perdana menteri berkata kadang kala apabila mendapat peluang untuk membuat sesuatu untuk diri sendiri, ada pihak yang terpesong dan lupa akan tugas mereka.

"Kita tidak diberi kuasa di peringkat ini untuk mengkayakan diri kita tetapi supaya dapat jalankan tugas tertentu.


"Inilah sebabnya kita berkuasa, apabila sahaja kita menyeleweng, menyalahgunakan kuasa, percayalah kita sendiri akan jadi mangsanya kemudian," katanya.



- Astro Awani

TUN M SUDAH CABAR NAJIB PADA TAHUN 2021

Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M ...