Sabtu, 20 Oktober 2018

Pendakwaan Terpilih? Itu kata Ketua Puteri UMNO


Hari ini umum mengetahui yang Presiden UMNO telah dituduh dengan lebih 30 tuduhan melibatkan penggubahan wang haram, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Ketua Puteri UMNO memilih untuk berkata bahawa Kerajaan sebenarnya mahu mengalihkan perhatian rakyat kepada kegagalan Kerajaan untuk memenuhi janji Manifesto.

Jika kita amati dengan teliti, YAB Perdana Menteri tidak pernah memberi apa-apa kenyataan tentang siasatan ke atas YB Presiden UMNO.

Keadaan ini berbeza dengan Najib dulu yang selalu menyebut tentang rancangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung tragedi Memali dan telah pun melengkapkan siasatan daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kes Forex yang berlaku 30 tahun lalu.

Pendakwaan terpilih? Stop it Datuk Zahida, stop it!

TUN M SUDAH CABAR NAJIB PADA TAHUN 2021

Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M ...