Ahad, 23 Ogos 2015

PENDEDAHAN DAHSYAT BEKAS TIMB. PENGARAH CAWANGAN KHAS PDRM - 2

Bekas No 2 SB pernah temui Dr M, henti serang PM



Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM Datuk Abdul Hamid Bador berkata, beliau pernah diarahkan bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan persetujuan supaya tidak menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara terbuka.
Bekas pegawai tinggi PDRM itu berkata pertemuan bersama bekas perdana menteri itu dilakukan beberapa kali, sejak kira-kira tiga tahun lalu.
"Saya jumpa Tun (Dr M) sebab diarahkan bos saya untuk dapatkan pandangan dan dapatkan persetujuan beliau untuk tidak buat sesuatu.
"Beliau (Tun) akur pada mulanya, dengan kata tidak akan serang perdana menteri secara terbuka.
"Tiga tahun lalu, saya berjumpa Tun untuk cakap perkara itu," katanya pada sidang media di Kota Damansara hari ini.
Selaku pegawai polis yang berkhidmat selama 37 tahun, Abdul Hamid berkata peranan unit cawangan khas sebagai menasihati kerajaan berdasarkan risikan yang telah dibuat dan akan terus mengamalkan prinsip berani kerana benar.
Beliau turut meminta semua pihak supaya tiada menyalahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung nasib yang terjadi ke atas dirinya kini.
"Dengan nama Allah saya tidak akan berkompromi dengan prinsip berani kerana benar dan akan bekerja dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Saya akan terus membuka mulut.
"(Ia) bukan untuk diri saya. Saya berdepan dengan risiko berat kerana tiada siapa yang berani untuk berbuat demikian.
"Jangan salahkan dia (Khalid) dengan pemindahan saya ini. Dia cuma tanda tangan sahaja," katanya.
Ditanya sama ada beliau tidak bimbang jika dikenakan tindakan ekoran pendedahan yang dibuatnya hari ini, Abdul Hamid menegaskan sekali lagi bahawa beliau tidak gentar walaupun berdepan dengan tindakan tatatertib.
"Saya berdepan dengan risiko tatatertib sebagai penjawat awam. Tindakan tatatertib dan hukuman mungkin dibuang kerja dan hilang pencen.
"Mungkin kalau kuasa-kuasa itu bertimbang rasa dan masih berkuasa, mereka mungkin akan ringankan sikit hukuman," katanya lagi.
Sementara itu, Abdul Hamid turut menyeru kepada pihak yang mengawal media supaya tidak menghalang maklumat daripada terus disampaikan kepada perdana menteri
"Saya seru kepada pihak yang kawal media bagi pihak perdana menteri supaya jangan menghalang maklumat kepada perdana menteri. Mungkin sebab itu perdana menteri tak dapat maklumat," katanya tanpa mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Sumber: MalaysiaKini http://www.malaysiakini.com/news/309580

TUN M SUDAH CABAR NAJIB PADA TAHUN 2021

Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M ...