PENDEDAHAN DAHSYAT BEKAS TIMB. PENGARAH CAWANGAN KHAS PDRM - 5
Bekas Timbalan Pengarah SB tampil dedah 4 perkara
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
23 OGOS 2015
Sumber: Sinar Online
http://www.sinarharian.com.my/semasa/bekas-timbalan-pengarah-sb-tampil-dedah-4-
perkara-1.422493
http://www.sinarharian.com.my/semasa/bekas-timbalan-pengarah-sb-tampil-dedah-4-
perkara-1.422493
DAMANSARA - [DIKEMASKINI] Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, 
Datuk Abdul Hamid Bador yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri hari ini tampil mendedahkan 
empat perkara kepada umum.
Abdul berkata empat perkara itu adalah mengenai peranan dan tanggungjawab beliau dalam 
Cawangan Khas; pertukaran beliau ke JPM; tekanan penjawat awam terhadap pihak atasan 
dan nadi rakyat.
"Hari ini saya tampil menjelaskan mengenai empat perkara ini demi rakyat Malaysia.
"Tiada niat saya untuk popular atau untuk mengkhianati sesiapa," katanya kepada media di 
Kota Damansara, hari ini.
Mengulas mengenai perananya dalam unit tersebut, Abdul berkata, pelbagai tohmahan dan 
kata nista dikatakan mengenai Cawangan Khas tetapi beliau tetap menganggap ia sebagai 
satu badan yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas memelihara negara.
"Yang pertama yang hendak saya sebut ialah tentang Cawangan Khas banyak telah diperkatakan 
mengenainya dan banyak pernah dipersendakan dengan pelbagai nama sebelum
ini, oleh mereka yang nakal. Ada yang kata kami ini semua bohong, ada yang baik kata semua 
betul ada yang nakal panggil siput babi, macam-macam akronim mereka bagikan tetapi selepas 
36 tahun lebih saya dalam Cawangan Khas.
"...yakinlah kesemua yang mendengar penjelasan saya pada pagi ini, Cawangan Khas adalah 
sebuah organisasi yang amat bertanggungjawab, menjalankan kerja dengan penuh amanah, 
dedikasi tanpa takut malahan ramai pegawai-pegawai yang menjalankan tanggungjawab, sebelum 
ini. Unit ini adalah sebuah organisasi yang dianggotai oleh semua kaum dan bukan badan risikan 
yang dimonopoli oleh kaum Melayu sahaja. 
"Unit ini dianggotai oleh segenap lapisan kaum, masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama, 
latar belakang sama ada anak orang kaya atau miskin, berdasarkan kepada merit, dan juga 
berdasarkan siasatan ke atas latar belakang mereka, ini berani saya cakap.
"Sejak penubuhan atau diberikan nama sebagai SB pada tahun 1952 sehingga ke hari ini lebih 
kurang 63 tahun unit ini dijalankan peranannya untuk mengutip risikan daripada bawah diangkat 
ke atas dianalisa di peringkat atas, pertengahan selepas itu diangkat dijadikan laporan, dan 
laporan-laporan inilah akan disampaikan kepada pucuk pimpinan.
"Ia dirangkumkan  dalam bentuk amaran, teguran, nasihat cadangan diangkat ke atas, tetapi 
risikan oleh Cawangan Khas ini akan ditapis, diadun ,disuling edit, akan dibanding dengan 
maklumat dan sumber-sumber lain, menentukan kesahihan dan ketepatannya, bukan maklumat 
kualiti rendah atau palsu," katanya.
Sementara mengulas mengenai misteri perpindahan beliau ke JPM beliau berkata perkara itu 
sudah lama kedengaran.
"Sementara misteri mengenai perpindahan saya, desas-desus mengenai akan berlaku dalam 
pucuk pimpinan unit sudah lama kedengaran, kami mendapat maklumat-maklumat bahawa ada 
pihak yang tidak menyukai kepimpinan yang sedia ada, atas sebab apa saya tidak tahulah, 
mengapa? Saya dijadikan 'alat' dalam perkara ini, sedangkan saya tidak ada membuat apa-apa 
tindakan yang salah.
"Saya hanyalah seorang pegawai kerajaan yang hanya mengutamakan pelaksanaan 
tanggungjawab saya, rezeki pangkat saya ataupun jawatan saya itu tidak menjadi perkiraan 
didalam diri saya, tidak pernah saya, mengatakan saya yang akan mengantikan Pengarah SB, 
tidak! Tidak meletakkan matlamat saya, untuk jadi pengarah tetapi ada pihak meragui dan 
tidak menyukai wajah saya ke? Ataupun peranan saya disitu...jadi baru-baru ini keluar perintah 
ditamatkan. Perkhidmatan kontrak dengan serta- merta.
"Dalam pada itu keluarlah cerita, nombor dua akan dikeluarkan sebab ada kuasa halimunan 
tidak mahu saya kesitu, Alhamdulillah saya kata, saya dengan penuh kesabaran kalau mereka 
berkata begituinilah rahmat, saya tidak menjadi sebahagian institusi digunakan seterusnya 
untuk berbuat atau menggunakan tindakan ikut kehendak kuasa halimunan tadi.
"Sebagai saya seorang insan biasa, tidak lihat kepada jawatan dan pangkat itu sebagai rezeki, 
saya turut melihat pada kesihatan saya penting.
"Dalam hal ini saya tidak dinamakan dikekalkan dalam jawatan itu sebagai rahmat yang ALLAH 
berikan. Sedikit saya tidak sedih, saya terima dengan terbuka dan kosongkan pejabat saya.
"Saya terima sekarang selepas ini saya akan tunggu selepas 17 haribulan perintah pertukaran 
saya, beri tempoh saya sampai satu bulan untuk saya lapor diri kepada PM, yang menghairankan 
saya apabila saya tanya pihak JPM adalah jawatan itu belum sedia lagi, masih hendak berbincang 
dengan pihak JPA, Ya ALLAH kalau dah ada jabatan itu dalam cuti ini saya sanggup pergi 
saya batalkan cuti saya, saya laporan diri, jawatan pun tiada lagi jadi? Kalaulah ini satu 
pengiktirafan mintak maaf Ketua IGP saya tidak anggap begitulah.
"Kalau JPA  tidak tahu, saya tunggu saya lapor atau tidak sebelum 17 saya sekarang saya 
cuti, saya hendak kosongkan pejabat untuk puaskan nafsu halimunan ini, takut sangat saya 
duduk disitu, saya okay, saya tidak sempat salam, ramai anak buah saya yang tidak tahu 
saya sudah kluar dari bukit aman, apabila keluar perintah, mereka tidak tahu.
"Satu masa saya akan jumpa, tiada emosi tiada marah, Apa yang saya cakap itulah kebenaran, 
saya harap apa yang keluar dari mulut saya kebenaran," katanya.
Manakala ketika mengulas mengenai tekanan penjawat awam dalam menjalankan tugas Abdul 
berkata tekanan banyak dihadapi oleh pegawai kerajaan dalam bidang pengutkuasaan.
"Saya tidak terbabit langsung dalam menangkap pegawai SPRM atau lain-lain sewaktu saya 
sebagai Timbalan Pengarah SB.
"Jadi bila berlaku titik hitam ini tindakan maha luar biasa ke atas pegawai SPRM ini saya rasa 
amat terpanggil untuk beri penjalesan komen, perkara ini sebenarnya menjijikan atas alasan 
apapun kita mesti lihat semangat undang-undang yang telus.
"Kenapa kuasa tangkap harus digunakan pegawai SPRM yang berintegriti tinggi bukan penjenayah 
bukan samseng dan ajaran sesat dan bukan IS mereka pegawai SPRM kenapa tangkap mereka? 
"Selepas keluar kenyataan untuk takutkan pegawai ini perlakuan jijik dan hina kenapa keluarkan 
amaran ini  malaysia negara maju Kenapa ugut?
"Saya seru kepada mereka yang ada kuasa di Putrajaya jangan gunakan taktik sebegini untuk 
takutkan pegawai kerajaan, pegawai kerajaan taat kenapa  mereka ditakutkan, khusus bidang 
penguatkuasaan," katanya.
Manakala menyentuh mengenai nadi rakyat, Abdul berkata ada mesaj yang hendak disampaikan 
terutama sekali kepada 'orang atasan'. 
"Saya nak sampaikan mesej di Putrajaya. Mereka yang punya ijazah tinggi melangit, bidang 
pengurusan universiti ternama, mereka yang ada kuasa politik di Putrajaya saya seru bukalah 
mata, buka telinga, jangan pekakkan telinga.  
"Buang 'denial syndrom'. Ni adalah faktanya. Rakyat gelisah, rakyat keliru, tertekan dibawah. 
Segenap lapisan tanpa kira kaum, agama, umur, profession, wilayah. Sama ada di Tawau atau 
di Kuala Perlis. Rakyat gelisah, marah dengan apa yang berlaku sekarang," ujarnya.
 
 




 Ogos 22, 2015 16:29 MYT
 Ogos 22, 2015 16:29 MYT
