Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M dan anak-anaknya memiliki kekayaan luar biasa atau setidak-tidaknya lebih kaya daripada Najib sendiri.
Pada temuramah itu, Tun M membuat cabaran secara terbuka yang sehingga kini masih belum dijawab dengan jelas oleh Najib. Umum mengetahui bahawa yang berlegar di media sosial tentang kekayaan keluarga Tun M sehingga kini hanya rekaan berbentuk propaganda untuk menanam persepsi buruk di minda pembaca atau pendengar di kalangan rakyat.
Pada tahap ini, rata-rata rakyat sudah mengetahui bahawa negara kita sedang berada di fasa akhir penggal Parlimen ke-14 yang akan berakhir pada Julai 2023. Oleh sebab itu, laskar siber parti-parti politik sedang berusaha untuk melancarkan "perang" ke atas parti lawan dan salah satu kaedah kesukaan laskar siber yang kadangkala dangkal dalam pemikiran dan hanya merujuk kepada cakap-cakap sahaja adalah dengan melakukan "character assassination".
Bagi seorang individu yang memegang reputasi Negarawan yang disegani kawan dan lawan, laskar siber yang tidak begitu kenal latar belakang Tun M hanya akan menyerang dengan strategi semberono untuk merosakkan imej Tun M asalkan dapat menunjukkan bahawa mereka mampu memenuhi KPI yang diletakkan kepada mereka semasa menerima bayaran untuk mengendalikan perang maya di saluran media sosial mereka.
Jawapan Tun M Tentang "Bagaimana Anak-Anak Tun Boleh Kaya?"