- Hari ini kecoh dengan senario pertentangan tindakan di antara pasukan Ketua Menteri Sabah yang sah, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal dengan kumpulan pembangkang diketuai Tan Sri Musa Aman yang gilakan kuasa.
- Kegopohan Musa Aman mengumumkan beliau sudah mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan di Sabah semalam telah memakan diri apabila Dato' Seri Mohd Shafie Apdal mengambil langkah pantas memohon perkenan pembubaran DUN daripada Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin.
- Sekitar jam 2 petang ini, pihak Musa Aman membuat satu lagi sidang akhbar bagi mempertikaikan keabsahan pengumuman pembubaran DUN yang telah dibuat oleh Dato' Seri Shafie Apdal dalam sidang akhbar Ketua Menteri pada jam 1 tengahari.
- Pasukan Musa Aman berpendapat pengumuman tersebut perlu dilakukan oleh pihak Istana dan bukannya Ketua Menteri. Selain itu, pihak Musa Aman juga mengatakan kepentingan dan keselamatan rakyat mesti diutamakan berbanding mendedahkan mereka kepada risiko penularan wabak Covid-19 jika pilihanraya negeri diadakan. Kata Musa Aman, pilihanraya akan membahayakan nyawa rakyat Sabah.
- Di sinilah tahap kecerdikan Musa Aman boleh dipertikaikan kerana kekecohan yang sedang berlaku ini berpunca daripada tindakannya sendiri yang cuba mengambil alih kerajaan dengan menyogok wakil rakyat kerajaan supaya beralih sokongan kepadanya di mana nama Hamzah Zainuddin juga disebut sebagai di antara watak penting dalam menjayakan kerja kotor mereka merasuah dan membeli wakil rakyat.
- Jika benar Musa Aman sayangkan rakyat, tiada sebab bagi beliau mencetuskan kekecohan peralihan kuasa ini melainkan terus memberikan ruang untuk Dato' Seri Shafie Apdal meneruskan tugasnya sebagai Ketua Menteri Sabah sehingga tamat penggal.
- Waktu dan ketika ini, sekitar jam 5.00 petang, pasukan Musa Aman sedang berbincang dengan pihak keselamatan Istana Negeri Sabah untuk memohon kebenaran mengadap TYT Tun Juhar Mahiruddin bagi menghalang keputusan pembubaran DUN diteruskan dan seterusnya memaklumkan bahawa mereka memiliki cukup majoriti untuk membentuk kerajaan.
- Dalam ketegasan pasukan Musa Aman mendakwa keputusan pembubaran DUN Sabah tidak sepatutnya diumumkan oleh Ketua Menteri, beliau perlu sedar bahawa dirinya telah menjadi Ketua Menteri Sabah selama 15 tahun sejak Mac 2003 dan telah melalui empat Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai Ketua Menteri. Dalam keempat-empat PRU tersebut, beliau sendiri mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada proses pilihanraya serentak seluruh Malaysia kecuali DUN Sarawak setelah mendapat perkenan Tuan Yang Terutama negeri Sabah.
- Jadi, di mana kesilapan Dato' Seri Shafie Apdal apabila beliau mengumumkan pembubaran DUN setelah melalui proses yang sama? Nampaknya akal fikiran Musa tidak lagi Aman.
Khamis, 30 Julai 2020
KRISIS DUN SABAH : SERUAN "DEMI RAKYAT" KINI HANYA ALAT RETORIK SI TAMAK DAN PEMBOHONG
Selasa, 28 Julai 2020
NAJIB, KEMPEN 'MALU APA BOSSKU' DAN MASALAH MENTAL
- Semasa kerajaan Malaysia dipimpin oleh YB Tun Dr. Mahathir Mohamad, pembangkang banyak mendapat manfaat daripada kebebasan media yang diberikan. Akta Berita Palsu, ironinya diperkenalkan sebelum PRU14 oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memberikan bonus point kepada BN setelah ia dimansuhkan oleh kerajaan pimpinan YB Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam usaha mereka yang kononnya mahu menjadi pembangkang berwibawa. Bonus point yang dimaksudkan ialah kebebasan dalam berkomunikasi dengan penyokong dan mencetuskan gelombang kebencian terhadap kerajaan.
- Kebebasan itu digunakan sepenuhnya untuk mereka menyemarakkan kempen "Malu Apa Bossku". Meski kadangkala Najib terlihat seperti "sewel" apabila bersungguh-sungguh memperlihatkan dirinya seorang yang teraniaya, kempen itu banyak memberi kesan kepada peningkatan sokongan pengundi yang diterjemahkan kepada 5 kemenangan BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland, DUN Semenyih, DUN Rantau, Parlimen Tanjung Piai dan Parlimen Kimanis.
- Untuk rekod, kerajaan pimpinan YB Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah memenangi 5 PRK iaitu DUN Sungai Kandis, DUN Seri Setia, DUN Balakong, Parlimen Sandakan, dan Parlimen Port Dickson. PRK DUN Chini tidak diambil kira dalam perbandingan ini kerana ia berlaku setelah pentadbiran kerajaan beralih tangan kepada Perikatan Nasional.
- Sepanjang meyakinkan orang ramai bahawa beliau difitnah, modal bicara beliau ialah "Mengapa beliau masih tidak disabitkan bersalah jika benar skandal kewangan SRC International adalah satu kesalahan jenayah?
- Hari ini menjadi sejarah apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Najib sebagai bersalah ke atas ketujuh-tujuh pertuduhan terhadapnya iaitu 1 kesalahan penyalahgunaan kuasa (abuse of power), 3 kesalahan pecah amanah (criminal breach of trust) dan 3 kesalahan penggubahan wang haram (money laundering).
- Keputusan ini tentunya membuatkan para penyokong Najib tidak senang duduk kerana keyakinan dalam diri mereka telah terbentuk hasil daripada keberkesanan kempen "Malu Apa Bossku" bahawa Najib tidak bersalah.
- Pada peringkat ini, sepatutnya para penyokong Najib berterima kasih kepada YB Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pelaku jenayah kewangan seperti Najib tidak pernah diberi tekanan dan halangan dari segi kebebasan beliau untuk meraih sokongan sehingga ke hari beliau disabitkan bersalah oleh mahkamah.
- Apa yang tinggal dengan slogan "Malu Apa Bossku" kini mungkin lebih sesuai dengan slogan "Malu Apa Pencuriku".
Isnin, 20 Julai 2020
HAMZAH ZAINUDDIN MENYUSUP MASUK BERSATU ATAS ARAHAN NAJIB?
- Apakah tujuan Hamzah Zainuddin sertai BERSATU pada penghujung tahun 2018? Pastinya bukan untuk suka-suka? Adakah demi agama, bangsa dan negara? Mungkin jauh sekali.
- Beliau memperlihatkan sikap beliau yang benci terhadap Tun Dr. Mahathir sejak tahun 2016. Tetapi, bukankah agak janggal apabila beliau rela meletakkan rasa benci beliau terhadap Tun Dr. Mahathir ke tepi sehingga sanggup meninggalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Larut yang baru dimenangi setelah sepenggal memajakkan jawatan itu kepada proksi beliau Faizul Arby?
- Beliau sanggup menerima cercaan dan hinaan daripada rakan-rakan beliau di dalam UMNO malah pernah satu ketika Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi melabel beliau dan 5 orang Ahli Parlimen UMNO yang bersama-sama beliau melompat ke BERSATU sebagai "Najis Mughallazah". Baca di sini.
- Apa pun alasan beliau, bukti yang ada ini cukup untuk menggambarkan isi hati beliau terhadap insan bernama Tun Dr. Mahathir. Muliakah kedudukan Tun Dr. Mahathir di mata Hamzah Zainuddin? Atau, sememangnya dari awal lagi kemasukan Hamzah Zainuddin ke BERSATU boleh diibaratkan seperti "ada udang di sebalik batu" dengan matlamat utamanya untuk menjatuhkan Tun Dr. Mahathir dari dalam.

Klik pada video di bawah
Langgan:
Catatan (Atom)
TUN M SUDAH CABAR NAJIB PADA TAHUN 2021
Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M ...

-
PENDEDAHAN DAHSYAT BEKAS TIMB. PENGARAH CAWANGAN KHAS PDRM - 3 Hamid: Tegas siasatan telus 1MDB punca ditukar 5 0 Bek...
-
EVERYTHING TO HIDE? Program Nothing To Hide yang menghimpunkan para NGO dari seluruh semenanjung Malaysia adalah program pertemuan ...
-
KENYATAAN MEDIA JABATAN PEGUAM NEGARA AMERIKA SYARIKAT TENTANG 1MDB JUSTICE NEWS SHARE Department of Justice Office of Public...