Nah? Betul2 terjadi. Ada hasrat untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Ini didedahkan oleh Tan Sri Annuar Musa usai perjumpaan Dato' Seri Ahmad Zahid dengan Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia.
Tetapi, UMNO dan PAS memilih untuk berpegang kepada paksi kesombongan apabila dapat tahu kerajaan yang nak ditubuhkan adalah berdasarkan sokongan ahli dewan rakyat secara individu. UMNO dan PAS bertegas mahu diambil secara "en bloc" jika mahu membawa wakil rakyat UMNO dan PAS bersama di dalam kerajaan.
Ini bermakna, kalau nak tarik seorang, kena tarik semua. Kena tarik Najib, Ku Nan, Azeez Rahim dan semua kleptokrat yg ada kes mahkamah untuk bersama2 tubuh kerajaan. Semalam, UMNO dan PAS menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri setelah mendapat tahu mereka tidak diambil secara "en bloc".
Mengecewakan! Muafakat Nasional bukan pejuang rakyat. BUKAN!!!
Mereka berjuang untuk membebaskan kleptokrat. KHALAS!!!