1. Seperti dilaporkan oleh Malaysiakini di https://www.malaysiakini.com/news/465435 , Pemuda
UMNO dan PAS bersedia untuk berhimpun pada bila-bila masa jika tindakan sewajarnya tidak
diambil terhadap individu yang menghina Nabi Muhammad S.A.W baru-baru ini.
2. Situasi ini mengundang perhatian umum terhadap langkah yang akan diambil oleh Angkatan
Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Adakah Armada akan bersatu
hati bersama Pemuda UMNO dan PAS dalam isu ini atau mengambil sikap tunggu dan lihat.
3. Mengambil kira sensitiviti penganut agama Islam di mana Islam adalah Agama Persekutuan
bagi Malaysia, dan perintah Allah S.W.T tentang "La kum di nukum waliyadeen",
sepatutnya Armada bangkit membantah tindakan orang bukan Islam yang menghina
Rasullullah S.A.W. Islam sendiri menghalang penganutnya menghina agama lain melalui ayat
di atas yang bermaksud "bagi kamu agama kamu, bagi-Ku agama-Ku".
4. Jadi umat Islam tidak perlu bertolak ansur dalam isu penghinaan terhadap Islam. Golongan
Kafir Harbi ini perlu diingatkan sentiasa bahawa sensitiviti agama Wajib dihormati walau apa
cara sekalipun. Sensitiviti agama ini tidak tertakluk di bawah apa jua jenis pertikaian hak asasi.
Ia milik umat Islam dan penganut agama lain mesti "Back off"!
5. Bangkitlah Armada BERSATU! Nama baik kekasih Allah S.W.T sedang dipermainkan. Selaku
pertubuhan anak muda yang berada di dalam Kerajaan, suara Armada lebih penting untuk
menjentik tindakan lanjut daripada Kerajaan lebih daripada suara kumpulan pemuda yang lain.
Dalam isu ini, ideologi politik mesti diketepikan terus, bergabung atas nama Islam dan kembali
menggerunkan lawan. Allahuakbar!
Langgan:
Catatan (Atom)
TUN M SUDAH CABAR NAJIB PADA TAHUN 2021
Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M ...

-
PENDEDAHAN DAHSYAT BEKAS TIMB. PENGARAH CAWANGAN KHAS PDRM - 3 Hamid: Tegas siasatan telus 1MDB punca ditukar 5 0 Bek...
-
EVERYTHING TO HIDE? Program Nothing To Hide yang menghimpunkan para NGO dari seluruh semenanjung Malaysia adalah program pertemuan ...
-
KENYATAAN MEDIA JABATAN PEGUAM NEGARA AMERIKA SYARIKAT TENTANG 1MDB JUSTICE NEWS SHARE Department of Justice Office of Public...