1. Sejak Kerajaan Harapan dilihat mengambil langkah drastik dengan memberikan kuasa kepada PDRM untuk menjalankan siasatan terhadap 1MDB, antara cakap-cakap yang menjadi perbualan adalah dakwaan Najib bahawa Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang merupakan Gabenor BNM semasa skandal 1MDB meletus tahu berkenaan kemasukan RM2.6 Billion ke dalam akaun Najib sebagai derma daripada negara Timur Tengah.
2. Dakwaan ini dimainkan oleh media sosial pro-Najib dan saki baki penyokong yang masih ada antaranya di dalam jabatan-jabatan Kerajaan. Nampaknya ada yang masih belum move on bahawa Barisan Nasional (BN) bukan lagi Kerajaan dan dalam masa 5 tahun ini Kerajaan yang sah adalah Harapan. Pada saya berita ini pastinya tidak benar dan kenapa kakitangan Kerajaan masih ada yang boleh percaya pada Najib yang sebelum ini jelas hidup dalam penafian?
3. Saya menegaskan bahawa pastinya Tan Sri Zeti dipaksa untuk mengeluarkan kenyataan pengakuan bahawa beliau tahu tentang perkara tersebut. Buktinya, Tan Sri Zeti memilih untuk tidak lagi menyambung khidmat sebagai Gabenor Bank Negara yang mana sebagai seorang yang berada di puncak sebuah badan kewangan tertinggi negara dan berhadapan dengan skandal kewangan terbesar dalam sejarah Negara, adalah tidak masuk akal dengan secara mudah Tan Sri Zeti membuat keputusan untuk meninggalkan BNM.
4. Akhirnya perkara ini terjawab dengan kenyataan sendiri daripada Tan Sri Zeti...
Najib Minta Saya Kata Dia Tak Lakukan Sebarang Kesalahan - Zeti

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz menolak dakwaan bahawa
beliau menyedari tentang RM2.6 bilion dalam akaun Ambank Najib sebelum pilihan
raya umum 2013 (PRU13) tetapi tidak mempersoalkan perkara itu.
"Saya ingin menyatakan bahawa dakwaan ini adalah salah. Saya tidak mempunyai
pengetahuan tentang RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaunnya," katanya dalam
satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam selepas penangkapan Najib.
Zeti juga mendakwa bahawa pada 3 Julai 2015, beliau dipanggil ke Pejabat Perdana
Menteri di Putrajaya apabila skandal itu meletus.
"Dia meminta saya untuk mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak melakukan
sebarang kesalahan berhubung akaunnya itu.
"Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan
seperti itu kerana saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai urusan
dalam akaunnya," katanya.
Menurut Zeti, seorang menteri kabinet, yang tidak namakan, juga membuat
permintaan yang sama dan beliau memberitahunya keputusan yang sama.
Bekas gabenor bank pusat itu mengulas dakwaan Najib dalam satu wawancara
eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu, yang berkata Zeti menyedari mengenai
transaksi itu tetapi tidak mempersoalkannya. "Jika Bank Negara tahu tentang dana
ini, dan mereka ada bayangan atau pengetahuan bahawa mungkin akan ada
keraguan tentang sumbernya, mereka patut beritahu saya."Tetapi ia tidak berlaku.
Jadi saya menyangka ia tiada masalah," katanya dalam wawancara itu. Ditanya
sekali lagi sama ada Zeti tidak membangkitkan sebarang amaran,
Najib menjawab: "Tidak, tiada maklum balas daripada Bank Negara. Saya sangka
semuanya baik."- Malaysiakini