Jumaat, 12 Jun 2015




Kawan lama burukkan saya- Tun M

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana seorang tokoh yang pernah mendapat pertolongannya kini mengambil upah untuk memburuk-burukkan beliau.
Tanpa menamakan individu tersebut, Mahathir berkata “bekas rakannya” itu turut memberi amaran agar berhenti menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tidak lagi membangkitkan mengenai skandal 1Malaysia Development Bhd.
“Beliau memberi amaran, jika saya teruskan, saya akan meninggalkan nama buruk. Saya beritahu dia, apa yang orang fikir tentang legasi saya, jika ada sedikitpun, ia  tidak penting.
“Saya bimbang dengan apa yang berlaku dalam negara. Nama baik kita sedang dicalar,” kata Mahathir lagi dalam tulisannya di blog chedet.cc.
Walau tidak menamakan mana-mana individu, tulisan itu dipercayai merujuk kepada tokoh pengiklanan, Tan Sri Lim Kok Wing.
Lim dilantik menjadi penasihat khas kepada PM bulan lalu.
“Beliau diberi tugas untuk memburuk-burukkan saya, untuk menjahanamkan apa yang dipanggil nama baik saya.
“Saya fikir, beliau dan bos beliau percaya bila saya akan jadi tidak popular, kutukan saya ke atas segala cacamarba melibatkan 1MDB tidak akan dipedulikan orang,” tulisnya lagi.
Beliau juga menjangka kempen yang lebih agresif akan dilancarkan untuk memburuk-burukkan beliau dan bagi menggilap imej Najib.
“Nyatalah jumlah wang yang besar dibelanjakan untuk kempen ini. Sahabat saya itu dilantik ke Pejabat Perdana Menteri dan berusaha keras untuk menyembunyikan kesalahan 1MDB,” kata Mahathir.

NAJIB BERBANGGA DIRINYA PAHLAWAN BUGIS SEDANGKAN MAHATHIR HANYA ORANG BIASA

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD BUKAN 
PAHLAWAN PENAKUT


TUN DR. MAHATHIR BERJASA KEPADA
DUNIA TANPA PERLU MENGAKU 
DIRINYA PAHLAWAN

Dipetik daripada laman fb Kelab Che Det

admin petik sekali lagi artikel dari blog http://alamijiwaparadox.blogspot.com/ agar kita lebih kenal perjuangan Tun M yg ramai pun tidak tahu...
TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.


Isnin, 8 Jun 2015

NAJIB SIA-SIAKAN PELUANG UNTUK MEMBERSIHKAN NAMA 1MDB


PROGRAM INI PELUANG UNTUK 
TUN M - NAJIB 
BERSUA


Pelbagai reaksi diberikan oleh pihak yang menghadiri program Nothing To Hide pada pagi kelmarin.

Antara komen yang menarik perhatian adalah daripada Dato' Seri Khairuddin Abu Hassan dan Tan Sri Anuar Musa.





Ahad, 7 Jun 2015

TUN MAHATHIR SEDIA SOKONG NAJIB JIKA NAMA 1MDB DAPAT DIBERSIHKAN

Published On: Sun, Jun 7th, 2015





ADA JAWAPAN, SAYA SOKONG. TIADA JAWAPAN, SAYA TIDAK SOKONG

Begitulah maksud kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada media semasa sesi sidang media program Nothing To Hide di PWTC kelmarin.

Kehadiran Tun Dr. Mahathir ke program itu adalah untuk mendengar sendiri penjelasan daripada Dato' Sri Mohd Najib tentang beberapa isu terutamanya yang melibatkan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Bhd atau 1MDB.

Namun ekoran ketidakhadiran Dato' Sri Najib di dalam program tersebut, pihak penganjur telah memberi laluan kepada Tun Dr. Mahathir untuk berucap bagi menjaga hati hadirin yang ramai termasuk yang hadir dari jauh untuk mendengar sendiri dialog antara kedua-dua tokoh utama negara yang pastinya mencatat sejarah.

Kesungguhan dan minat peserta yang ingin menjadi sebahagiaan daripada program bersejarah ini dapat dilihat apabila program ini menerima kehadiran melebihi kapasiti 1,200 yang boleh ditanggung oleh Dewan Tun Hussein Onn.

Selain itu, terdapat peserta yang sanggup merayu untuk mendapatkan pelekat akses untuk membolehkan mereka berada di dalam dewan walaupun telah dijelaskan bahawa pelekat akses telah habis ekoran jumlah peserta telah mencecah lebih 2,000 orang.

Dakwaan-dakwaan yang mengatakan Tun Dr. Mahathir telah merempuh masuk untuk mengambil alih pentas adalah tidak benar sebaliknya beliau dijemput untuk berucap oleh pengerusi majlis setelah mendapat persetujuan pihak penganjur.

Meskipun begitu, ucapan Tun Dr. Mahathir telah dihentikan oleh pihak polis setelah berucap selama 10 minit.

Tun Dr. Mahathir sedaya upaya telah menjelaskan kepada pihak polis bahawa kehadirannya adalah untuk mendengar penjelasan daripada Dato' Sri Najib namun apabila ia dibatalkan, keadaan tersebut amat tidak baik terhadap mereka yang sanggup hadir begitu ramai. 

Setelah beberapa ketika, pihak polis memberikan kebenaran kepada Tun Dr. Mahathir untuk membuat sidang media di pentas sama.

Ikuti penjelasan beliau di dalam sidang media tersebut:






Versi penuh di sini:

Sidang Media Nothing To Hide

"Saya minta diberi peluang yang sama untuk bercakap dalam majlis ini seperti Dato' Sri Najib. Jika beliau bercakap 1 jam, saya pun nak bercakap 1 jam...."

Di bahagian akhir video

"Ada laporan polis (terhadap 1MDB) dibuat. Ini, dia (Dato' Seri Khairuddin) yang buat, tetapi tiada investigation (siasatan) daripada polis. Sebaliknya, dia (Dato' Seri Khairuddin) diisytihar muflis, rumah dia dirampas, lepas tu income tax (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dok tanya itu ini kononnya dia bayar duit kepada pengganas, dia membuat money laundering (pemalsuan wang) apa semua...."

"bukan subjek (pihak yang dilapor) itu disiasat, tetapi orang yang buat laporan itu dianggap sebagai penjenayah. Ini pelik lah, di negara kita tak patut berlaku..."

-Tun Dr. Mahathir Mohamad-




EVERYTHING TO HIDE?

Program Nothing To Hide yang menghimpunkan para NGO dari seluruh semenanjung Malaysia adalah program pertemuan dan dialog antara Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib dengan NGO. 

Namun begitu, Dato' Sri Najib tidak menghadiri program tersebut yang diputuskan pada saat-saat akhir apabila mendapat arahan keselamatan daripada Ketua Polis Negara dan program tersebut dibatalkan. 

Suasana program yang bertukar agresif di beberapa ketika ekoran pembatalan itu menyebabkan hadirin yang kecewa ingin mendengar ucapan daripada Tun Mahathir yang juga menghadiri program tersebut. Kehadiran Tun Mahathir ialah untuk bertanya beberapa soalan secara terus kepada Dato' Sri Najib tentang beberapa isu-isu negara yang dibangkitkan beliau akhir-akhir ini.


Walau bagaimanapun, ucapan Tun Mahathir itu terhenti apabila mendapat arahan daripada pihak polis meskipun ucapan beliau mendapat sorakan daripada hadirin yang teruja dengan perkara yang dibangkitkan.



Jumaat, 5 Jun 2015

TUN MAHATHIR TERPAKSA KEMBALI BERPOLITIK



MASA SAYA SUDAH HABIS, INI MASA DATO' SRI NAJIB, SAYA TIDAK HARUS GANGGUNYA, TETAPI...

Saya harapkan Najib teruskan legasi idola saya Tun Abdul Razak
-Tun Dr. Mahathir Mohamad


Tun Dr. Mahathir sempat menjelaskan beberapa perkara yang menyebabkan beliau tidak lagi menyokong Dato' Sri Mohd Najib di program anjuran Sukaguam, Nothing To Hide yang sepatutnya dihadiri oleh Dato' Sri Mohd Najib pagi ini. Walau bagaimanapun, ucapan Tun M itu terhenti apabila mendapat arahan pihak polis.



NAJIB TAKUT KEPADA TUN MAHATHIR


Published On: Fri, Jun 5th, 2015

Saya bukan bawa senjata pun, kenapa takut dengan saya – Tun M

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad yang dihalang daripada bercakap pada dialog “Nothing To Hide” di Kuala Lumpur hari ini mempersoalkan mengapa beliau dihalang selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal hadir.
Bekas perdana menteri itu berkata, Najib gagal menggunakan peluang untuk menjelaskan tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas gagal hadir pada program anjuran SukaGuam di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini.
“Saya orang biasa saja, saya bukan bawa senjata pun. Saya bukan boleh buat apa-apa pun.
“Pasal apa orang nak takut pada saya, semua ini takut atau tidak?” soalnya pada sidang media selepas dihalang polis untuk bercakap pada forum tersebut.
Dr Mahathir berkata, Najib mensia-siakan peluang untuk memenangi sokongan buat dirinya dalam memenangi kepercayaan rakyat dalam menjelaskan skandal yang terpalit dalam pentadbirannya.
“Maksudnya dia hilang peluang untuk menang sokongan bagi diri sendiri.
“Beliau ada peluang untuk jelaskan mana perginya hilang duit 1 Malaysia Developent Berhad, dia hilang peluang,” katanya.
Dialog “Nothing to Hide” sepatutnya berlangsung pada pagi ini namun dibatalkan selepas arahan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya program itu dibatalkan dan Najib tidak hadir atas alasan keselamatan.
Sejurus selepas pengumuman pembatalan acara tersebut, ia mencetuskan keadaan tegang kepada lebih 1,000 hadirin yang kebanyakan terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Keadaan mula reda selepas bekas perdana menteri itu mula mengambil alih pentas untuk berucap tetapi kemudiannya kembali tegang apabila polis meminta Dr Mahathir turun pentas.
Dr Mahathir pada sidang medianya apabila ditanya mengenai ketidakhadiran Najib hanya menyifatkan kemungkinan perdana menteri terlalu sibuk dengan urusan rasminya.
“Saya fikir mungkin beliau (Najib) sibuk, dia mesti sibuk saya rasa, mungkin ada urusan rasmi yang lebih penting daripada berjumpa dengan orang,” katanya.
Beliau yang sememangnya lantang menuntut pengunduran Najib mengakui mahu mendengar penjelasan perdana menteri itu.
“Saya harap penjelasannya bagus dan saya boleh menyokong beliau (Najib) namun sebab beliau tidak hadir dan jelaskan maka saya tidak boleh sokong beliau,” katanya seperti menyindir.
Bekas perdana menteri itu dengan nada bergurau berkata diminta berhenti berucap kerana hadirin terlalu bising ketika ditanya reaksinya mengenai tindakan polis.
“Polis datang kepada saya semasa saya berucap dan minta saya berhenti. Jadi saya berhentilah sebab saya rakyat yang akur dengan perintah,” katanya.

PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK KETAKUTAN UNTUK HADIR KE PROGRAM NOTHING TO HIDE


Published On: Fri, Jun 5th, 2015

VIDEO: Kecoh PM tidak hadir, Tun M dihalang berucap



  1. Program ‘Dialog Perdana Menteri Bersama NGO’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini bertukar kecoh apabila majlis yang sepatutnya dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak bertukar menjadi pentas Tun Dr Mahathir Mohamad.
  2. Kekecohan mula berlaku seawal pukul 9.30 pagi apabila pasukan keselamatan tidak membenarkan orang ramai memasuki Dewan Tun Hussein Onn yang sarat dengan hadirin.
  3. Pada pukul 9.55 pagi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan supaya program itu dibatalkan atas alasan sebab-sebab keselamatan.
  4. Penganjur, SukaGuam kemudiannya mengumumkan dialog tersebut ditangguhkan sehingga menimbulkan rasa kurang senang sebahagian hadirin.
  5. Kira-kira pukul 11 pagi, Dr Mahathir muncul di pentas dan berucap dengan menyentuh polemik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  6. Polis bagaimanapun meminta Dr Mahathir menghentikan ucapan dan menyebabkan para penyokong bekas Perdana Menteri itu berang. Keadaan menjadi kecoh apabila penyokong beliau mula menjerit sehingga ada yang naik ke atas pentas. Dr Mahathir bagaimanapun dibenarkan mengadakan sidang akhbar sebelum turun dari pentas.
  7. Terdahulu, keadaan dalam dan luar dewan tersebut agak tegang sebaik sahaja diberitahu pada saat-saat akhir Najib tidak akan hadir. Pihak penganjur bagaimanapun menjelaskan, Perdana Menteri tidak hadir selepas polis menasihatinya atas faktor keselamatan.
  8. Penganjur juga mengumumkan terdapat satu pergaduhan berlaku di luar dewan dan polis memaklumkan kepada mereka kekecohan akan berlaku dalam program hari ini. SukaGuam memaklumkan pihaknya terlebih dahulu sudah berunding dengan polis untuk membenarkan Najib menghadiri forum berkenaan.



TUN M SUDAH CABAR NAJIB PADA TAHUN 2021

Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M ...