Selasa, 27 Oktober 2015

APA DAH JADI DENGAN UMNO?


SEMENJAK NAJIB AMBIL ALIH JAWATAN PRESIDEN UMNO SUDAH BERAPA KALI AGAKNYA MESYUARAT MMT UMNO DIBATALKAN ?
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini dibatalkan, kali kedua selepas Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal disingkirkan daripada Kabinet.
Bagaimanapun, alasan pembatalan mesyuarat MT itu tidak dinyatakan dalam surat ditandatangani Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sudah pun diedarkan ke semua bahagian parti.
"Saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul," kata surat yang dilihat The Malaysian Insider.
Kali terakhir mesyuarat MT dibatalkan pada 29 Julai lalu, 2 hari selepas Muhyiddin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan sementara Shafie pula digugurkan daripada jawatan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah dalam rombakan Kabinet.
Mesyuarat berkenaan sepatutnya berlangsung ketika tekanan terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno semakin memuncak selepas 2 pemimpin tertinggi parti itu dilihat bersekutu dengan pengkritik nombor satu perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Muhyiddin dan Shafie mengadakan sidang media bersama Dr Mahathir, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Sanusi Junid dan Tan Sri Ong Tee Keat mengutuk penggunaan Akta Keselamatan dan Langkah langkah Khas (Sosma) 2012 ke atas Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang yang membuat siri laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sidang media itu dianggap pengamat politik sebagai isyarat daripada Muhyiddin dan Shafie secara terbuka ingkar terhadap Najib yang memecat mereka daripada Kabinet pada 27 Julai lalu.
Mesyuarat yang dibatalkan ini juga sepatutnya berlangsung selepas 13 ketua cawangan Umno Teluk Kemang mengadakan sidang media mendesak Najib meletak jawatan selaku perdana menteri. – 26 Oktober, 2015.

Ahad, 25 Oktober 2015

ADA CAMPURTANGAN KERAJAAN? SENANG SAJA NAK FAHAM

1. Pernah satu ketika apabila pengumuman rombakan 
    kabinet dibuat, saya merasakan ada perkara yang tidak 
    kena sedang berlaku. Pengerusi dan ahli PAC dilantik 
    menganggotai kabinet. Perkhidmatan Peguam Negara 
    ditamatkan serta-merta dengan alasan kesihatan yang 
    diberikan oleh kerajaan. 

2. Saya terfikir, bukankah pada Ogos 2015 adalah waktu di 
    mana Arul Kanda CEO 1MDB perlu menghadap PAC untuk 
    disoal siasat? Kenyataan Pengerusi PAC ketika itu yang 
    kini merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri seolah-
    olah memberikan 'ultimatum' kepada syarikat pelaburan 
    strategik negara itu iaitu tidak akan ada lagi kompromi.

3. Namun, tiba-tiba, pengerusi PAC ini dilantik 
    menganggotai kabinet pada Julai lalu seterusnya pada 
    fahaman saya beliau mesti melepaskan jawatan di 
    dalam PAC.

4. Jika benar, ia pasti akan mengganggu proses siasatan   
    terhadap syarikat pelaburan strategik negara itu.

5. Saya berharap perkara itu tidak seperti yang saya 
    sangkakan (pengerusi PAC perlu letak jawatan kerana 
    menganggotai kabinet) walaupun ada sedikit yakin ia 
    pasti berlaku. Mungkin kerana saya hanya pemerhati 
    biasa jadi pendapat saya mungkin tidak tepat.

6. Namun, keesokan harinya MEMANG SAH. Pengerusi PAC 
    diwajibkan melepas jawatan sebagai Pengerusi PAC 
    kerana telah dilantik menganggotai kabinet.

7. Jika saya dapat membaca keadaan ini sebelum ia 
    berlaku, bukankah ia begitu senang juga difahami oleh 
    kebanyakan orang ramai di luar sana?

8. Walau bagaimanapun, seperti biasa kerajaan dan ahli-
    ahli politik kerajaan cuba untuk membuat "damage 
    control" dengan memberitahu media bahawa lantikan 
    anggota PAC ke dalam kabinet tidak akan mengganggu 
    proses siasatan 1MDB dan anggota-anggota PAC yang 
    dilantik adalah berkelayakan untuk mengisi jawatan 
    kabinet.

9. Jika benar mereka menepati kelayakan dan kepakaran 
    mereka sangat diperlukan, mengapa tidak tunggu 
    sehingga selepas selesai siasatan? Bukankah Perdana 
    Menteri boleh menggunakan cara yang sama seperti yang 
    pernah beliau lakukan sebelum ini apabila membiarkan 
    beberapa kerusi kabinet kekal kosong untuk diberikan 
    kepada MCA dan GERAKAN?

10. Ini adalah antara persoalan "common sense" yang 
      bermain di fikiran saya dan pastinya ramai lagi 
      mempunyai persoalan yang sama.

11. Namun, tidak mengapa. Sekali lagi sebagai orang 
      biasa, pendapat golongan ini tidak mungkin tepat dan 
      tidak dilandaskan kepada fakta-fakta bertulis yang 
      lengkap dengan infografik. Besar kemungkinan 
      pendapat barisan kabinet lebih tepat kerana mereka 
      mempunyai alasan dan hujah yang dilengkapi fakta; 
      kononnya (pinjam kata Tun M).

12. Hairannya, pendapat ini secara tidak sengaja dikongsi 
      bersama oleh Timbalan Presiden UMNO, YB Tan Sri 
      Muhyiddin Yassin. Maka, persoalan yang bermain di 
      kalangan orang kebanyakan tadi bukanlah persoalan 
      yang tidak masuk akal tetapi amat berasas kerana ia 
      begitu mudah difahami dan berlaku secara jelas. 

13. Persoalan seterusnya, apa akan berlaku sekiranya  
      "silent opinion" ini secara tak sengaja bergabung dalam 
      bentuk perasaan apabila membuang undi pada PRU-14 
      nanti? Jawapannya....AMAT MERBAHAYA!



Laporan bahawa YB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan siasatan terhadap 1MDB terganggu di sini.

Kalau tak salah, jangan campur

siasatan 1MDB, kata Muhyiddin




TUN M KECEWA DENGAN AHLI UMNO!

Itulah yang dapat penulis simpulkan apabila melihat tajuk di bawah hasil daripada luahan hati YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad ini.


Mahathir akhirnya akui Najib berkuasa hingga 2018


Laporannya di sini.

Laporan berbahasa Inggeris oleh Reuters di sini.


Penulis ambil kesempatan ini untuk mengimbas kembali sajak YABhg. Tun M sempena hari lahirnya yang lalu iaitu 10 Julai 1925. Nota***Dalam buku A Doctor in the House, Dr M menyatakan tarikh lahir sebenarnya adalah 10 Julai 1925, tapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan.

MALAYSIA TANAHAIR -KU

13 JULAI 2015

Negara-ku Malaysia, Tanahair-ku, Tanah di mana sembilan puluh tahun dahulu
Darah tumpah dan aku dilahir
Di lahir sebagai anak bangsa yang dijajah
Aku membesar mempertuankan orang asing
Terhina dan dihina
Bangsa yang serba kekurangan
Tinggal dipondok berbumbung atap nipah
Berdinding, berlantai kayu
Namun aku lebih bahagia dari ramai bangsaku
Mereka tinggal di pondok robek, tiris apabila hujan
Tanpa pili air tanpa lampu letrik
Anak mereka berkaki ayam, berkudis
Demam panas dan kadang-kadang meninggal
Aku survive, aku ke sekolah, aku ke universiti
Nasib aku lebih baik
Allah Subhanahu Wataala kesian kepada aku
Setelah dijajah oleh satu bangsa, dijajah pula oleh dua bangsa lagi
Aku bertanya akan bangsaku selalunya dijajah orangkah?
Alhamdullilah, berkat kesedaran, berkat perjuangan, berkat perpaduan
Bangsaku dibebas, merdeka
Apakah merdeka hanya bermakna tidak dijajah orang
Apakah merdeka bermakna terus merana
Tidak, tidak, tidak
Merdeka bermakna kemajuan
Kemajuan sehingga berdiri sama tinggi
Duduk sama rendah dengan bekas penjajah dan bangsa lain
Bahkan mungkin lebih tinggi
Politik yang menyelamat dahulu
Terus membela bangsa
Negara dibangun, bangsa dibangun, agama di muliakan
Kemudian…
Malang dan sedih,
Bangsa yang berjiwa kental, bersemangat besi
Diserang oleh nafsu dan perasaan tamak
Aku dapat apa dari kemerdekaan tanya mereka?
Mana bahagian aku?
Dan semangat pun menjadi luntur, tidak terdaya mengawal nafsu
Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah
Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh orang-orang politik dan orang kaya
Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015


p.s Ya Allah, panjangkanlah usia YABhg. Tun Dr. Mahathir dan berilah kesihatan yang baik kepada beliau kerana Negara ini masih perlukan beliau. Amin!



LAGI UMNO CAWANGAN MENYATAKAN KEBENARAN ISI HATI DARIPADA MEREKA YANG SERING PIMPINAN UMNO SEBUT SEBAGAI 'AKAR UMBI'

Baca laporannya secara terus di sini.


13 cawangan Umno tuntut Najib undur

Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/317013


Tiga belas cawangan Umno dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan hari ini menggesa supaya presiden mereka Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengetuai kumpulan itu berkata, sebagai pemimpin akar umbi beliau tidak berniat untuk menghukum presiden parti berhubung isu yang melanda negara ketika ini.
Namun, katanya, pengunduran Najib perlu dilakukan bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk presiden parti tetapi dalam masa yang begitu singkat untuk kita menghadapi pilihan raya yang akan datang, ini bukanlah masa untuk bersifat sentimental.
"Umno kini dilihat sebagai parti yang tidak berjaya menyelesaikan masalahnya sendiri.
"Kami bimbang dengan penyingkiran pemimpin tertentu akan menambah masalah sedia ada," katanya dalam sidang media di Teluk Kemang hari ini.
Berat mata memandang
Ketika ditanya sama ada Umno cawangan lain di bahagian Teluk Kemang turut sependapat dengan mereka, Kamarul Azman berkata pihaknya tidak berunding dengan ketua cawangan lain.
"Kita tak hubungi yang lain. Kita hanya mengadakan perbincangan antara kami, dan itu untuk permulaan," katanya sebelum menambah, bagi keseluruhan Umno di Teluk Kemang mempunyai 54 buah cawangan bernaung di bahagian berkenaan.
Selain itu, Kamarul Azman juga berkata, perubahan perlu dilakukan terhadap Umno dan ia bermula dari presiden sendiri untuk memastikan Umno kekal berkuasa selepas pilihan raya umum ke-14.
"Masanya telah tiba untuk Umno menerima perubahan. Perubahan kali ini perlu bermula dengan presiden parti yang kita kasihi.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
"Namun jika perpisahan ini adalah yang terbaik untuk Umno dan generasi bangsa Melayu, kita perlu menerima hakikat ini," katanya lagi.
Tiga belas cawangan Umno yang membuat desakan itu ialah Umno cawangan Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Datuk Abdul Samad, Taman Suwa Betung, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pacitan, Bunga Raya dan Taman Politeknik.



'PSY-WAR' TERHADAP TAN SRI TIMBALAN PRESIDEN UMNO OLEH MENTERI UMNO? MASIH ADAKAH KESETIAAN MENTERI INI KEPADA PARTI? BUKANKAH TAN SRI MUHYIDDIN TIMBALAN PRESIDEN PARTI?

Berikut adalah petikan daripada laman blog YB Dato' Seri Panglima Salleh Said Keruak.
Ikutinya di sini.


Saturday, October 24, 2015

Tan Sri Muhyiddin is forgetting history

Salleh Said Keruak  

Tan Sri Muhyiddin Yassin said today that he is not a ‘gunting dalam lipatan’. The closest English translation to this proverb would be a wolf in sheep’s clothing, meaning in short a betrayer. 

Muhyiddin said whatever he did he did for the good of the party and because he loves the party and not with intentions to destroy the party. He also said he is the lone voice in the party and condemned all those who refuse to voice out and speak their mind. How does giving ammunition to the opposition to hit the party be considered for the good of the party? 

Muhyiddin also complained that the Prime Minister is sidelining him and no longer gives him the respect and that he is no longer entrusted with the job of chairing certain meetings like in the past. Trust and respect need to be earned, not demanded, as the saying goes.

Maybe Muhyiddin forgot that when Tun Dr Mahathir Mohamad was no longer the Prime Minister and began criticising Prime Minister Tun Abdullah Badawi, it was Deputy Prime Minister Najib Tun Razak who publicly declared that his loyalty was with the Prime Minister. Muhyiddin, however, said and did nothing to defend Tun Abdullah.

Muhyiddin related how it was he who convinced Najib to take over as Prime Minister and that this was what Dr Mahathir wanted. “The thing with Najib is, he takes a long time to make up his mind,” Muhyiddin said.

What Muhyiddin left out from this story is that Najib did not want to betray the Prime Minister by going against him. Najib felt the deputy should be loyal to the number one. So it is not that Najib took a long time to make up his mind but more that Najib did not want to oust the Prime Minister.

If Muhyiddin wants to relate history then let it be the correct version of history. Muhyiddin said Dr Mahathir discussed the possibility of him taking over as Prime Minister. What Muhyiddin did not reveal was that Najib had refused to betray Tun Abdullah and instead publicly declared his support for the Prime Minister.

Sumber : http://sskeruak.blogspot.my/



Selasa, 20 Oktober 2015

BANK NEGARA TERUS ASAK 1MDB. PASTI BANK NEGARA LEBIH TAHU.

Dipetik daripada facebook Saya Sayang Tun Dr. Mahathir Mohamad

BANK NEGARA TERUS MENENTANG 1MDB!!

Hari ini Bank Negara telah keluarkan kenyataan akhbar untuk gunakan sepenuh kuasa yang dimiliki mereka di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan (Financial Services Act) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam untuk mendenda 1MDB!!!

Ini bermakna Peguam Negara SALAH!!! 

DOAKAN BUAT TAN SRI ZETI DAN BANK NEGARA!

SELAMATKAN NEGARA!!








Ahad, 18 Oktober 2015

NAJIB CUBA BANDINGKAN BETAPA 'BERSIH' NYA BELIAU DI KALA AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) TELAH PUN BELIAU MANSUHKAN



Berikut ialah tajuk laporan MalaysiaKini:


Najib: Periksa rekod berapa orang saya tahan ISA


Lihat laporan di sini.


Hujah admin:

1. Persoalannya, ISA telah dimansuhkan, jadi mengapa perbandingan dibuat dengan akta yang telah beliau mansuhkan? Ia umpama seorang profesor bijak di zaman ini mengatakan "Akulah profesor yang paling bijak dalam dunia. Buktinya, tengoklah rekod berapa kali saja yang Albert Einstein berjaya tewaskan aku. Tiada langsung kan?"

2. Jawapannya, memang tiada sebab Albert Einstein sudah lama mati.


Lihat laporan di sini.



Berikut pula adalah kajian Merdeka Centre tentang tahap sokongan masyarakat kepada Kerajaan:







TUN M SUDAH CABAR NAJIB PADA TAHUN 2021

Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M ...