Isnin, 11 Mei 2020

BERSATU TIADA TEMPAT DI DALAM GABUNGAN UMNO DAN PAS

Klik gambar untuk lihat video


  1. Ketua Penerangan BERSATU, Dr. Radzi Jidin kelmarin mengeluarkan kenyataan bahawa pihak yang menentang keputusan parti dalam menjalinkan kerjasama dengan UMNO dan PAS melalui Perikatan Nasional berhadapan risiko keahlian mereka digugurkan.
  2. Di atas ini ialah jawapan Dato' Seri Utama Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden BERSATU bagi membidas kenyataan Dr. Radzi.

BAHAGIAN SATU : PENJELASAN TUN MAHATHIR, PENYOKONG PN SENGAJA BUAT TIDAK FAHAM


  1. Penjelasan di atas telah dibuat berkali-kali oleh Tun. Dr. Mahathir Mohamad. "Sebenarnya, saya letak jawatan kerana parti saya sendiri, tolak saya".
  2. Meskipun penjelasan ini telah dibuat, masih ramai berpendapat secara melulu bahawa Tun Mahathir sendiri meletakkan jawatan tanpa dipaksa.
  3. Pendapat ini adalah salah kerana (ulang ayat di atas); "Sebenarnya, saya letak jawatan kerana parti saya sendiri, tolak saya".
  4. Ahli-ahli BERSATU perlu sedar bahawa pihak MPT BERSATU yang sealiran dengan Tan Sri Presiden telah membuat keputusan untuk tidak menurut kata-kata Tun Mahathir sebagai Pengerusi parti sehingga menyebabkan Tun Mahathir percaya bahawa beliau telah hilang sokongan daripada parti beliau sendiri.
  5. Walau bagaimanapun, Biro Politik BERSATU mewakili Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kemudiannya dengan dihadiri oleh Tan Sri Presiden (Muhyiddin Yassin), Dato' Seri Timbalan Presiden (Mukhriz Mahathir), Datuk Wira Setiausaha Agung (Marzuki Yahya), Ketua Armada (Syed Saddiq), Ketua Srikandi (Rina Harun) dan Ketua Penerangan (Dr. Radzi Jidin) telah bertemu dengan Tun Mahathir untuk memujuk dan meyakinkan beliau bahawa beliau tidak kehilangan sokongan dan MPT BERSATU secara sebulat suara TIDAK MENERIMA perletakan jawatan Tun Mahathir dan mahu beliau segera kembali menerajui parti.
  6. Namun, setelah Tan Sri Muhyiddin berjaya diangkat menjadi Perdana Menteri, beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedang memangku jawatan Pengerusi sehingga pemilihan parti diadakan. Beliau menambah, jawatan Pengerusi BERSATU kekal kosong setelah Tun Mahathir meletakkan jawatan dan ia tidak boleh diisi semula sehingga pemilihan parti diadakan.
  7. Asas hujah Tan Sri Muhyiddin ini adalah berdasarkan Fasal 16.9 Perlembagaan BERSATU iaitu "Jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan maka Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi baru mengikut Fasal 13.3  dan ia mempunyai kuasa mengikut Fasal 16.2" (Tugas-tugas Pengerusi).
  8. Walaupun dinyatakan sedemikian, perenggan ini mesti dibaca dengan Fasal 29 Tafsiran yang menjelaskan "Jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Perlembagaan ini atau mana-mana Peraturan yang dibuat di bawah kuasa Perlembagaan ini, maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi adalah muktamad". 
  9. Menurut tafsiran Fasal 16.9 oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, permohonan untuk berhenti daripada jawatan Pengerusi oleh Tun Mahathir adalah tidak diterima lantas ia juga tidak sah. Justeru, keputusan MPT tersebut adalah muktamad mengikut Fasal 29.
  10. Oleh yang demikian, Tun Dr. Mahathir masih merupakan Pengerusi BERSATU yang sah.
      



Video 1


Video 2




Video 1 & 2 : Peristiwa pagi 25 Februari 2020 selepas rombongan Biro Politik BERSATU yg diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumpa Tun Dr. Mahathir di kediaman beliau. Perjumpaan ini adalah untuk memujuk dan meminta beliau menarik semula perletakan jawatan Pengerusi BERSATU. Tun Dr. Mahathir telah memberi isyarat positif untuk membuat pertimbangan penarikan semula perletakan jawatan beliau selepas dimaklumkan bahawa mesyuarat MPT sebulat suara menolak perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir pd 24 Februari 2020.


Yang benar,

Pendekar Tanpa Nama

Isnin, 2 Mac 2020

SENJATA RAHSIA

  1. Semasa kerajaan HARAPAN masih berkuasa, banyak kedengaran kritikan terhadap kelemahan di dalam sistem komunikasi dan jentera penerangan kerajaan. Antara watak penting di dalam pasukan kerajaan HARAPAN yang turut menyentuh isu ini adalah YABhg. Tun Dr. Daim Zainuddin. 
  2. Umum tahu siapa Tun Dr. Daim dengan Tun Dr. Mahathir. Keakraban di antara mereka berdua di dalam politik dan pentadbiran ibarat rapatnya Tun Dr. Ismail dengan Tun Abdul Razak.
  3. Antara perkara yang disebut oleh Tun Daim adalah kerajaan HARAPAN sepatutnya berhenti menyalahkan kerajaan terdahulu dan fokus kepada kerja. 
  4. Selain itu, katanya lagi inisiatif kerajaan dalam memperbaiki pentadbiran negara yang rosak perlu diterangkan dengan jelas kepada rakyat supaya kerajaan tidak menjadi sasaran pembangkang yang mendakwa kerajaan tidak lakukan apa-apa untuk kebaikan negara.
  5. Walau bagaimanapun, kebimbangan tentang kelemahan jentera komunikasi ini tidak bersambut. Menteri Komunikasi dan Multimedia seperti endah tak endah. Jentera penerangan parti apatah lagi. And the rest is history.
  6. Setelah YAB Tan Sri Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8, baru dapat dilihat asakan demi asakan dibuat terhadap kerajaan lama BN oleh Tun Dr. Mahathir sendiri. Netizen disegarkan semula dengan kelakuan kleptokrat yang merosakkan pentadbiran negara. Kita juga diulang-ingatkan tentang watak-watak yang sedang melalui perbicaraan di mahkamah. Ia seperti telah "refresh" minda rakyat bahawa para kleptokrat ini masih bebas di luar sana.
  7. Mood yang dirasai seperti mood yang pernah dirasai semasa rakyat bangkit menunjukkan sokongan kepada Pakatan Harapan untuk menumbangkan kerajaan BN pada pilihanraya umum ke-14 yang lalu.
  8. Keadaan ini seolah-olah, rakyat telah mendapat semula heronya yang banyak membongkarkan keburukan BN dengan membangkitkan isu-isu penyelewengan dan tingkah laku penyamun serta penyagak yang disebut berulang-ulang.
  9. Mungkin mesej Tun Dr. Mahathir kepada jentera kerajaan HARAPAN dan pasukan penerangan parti HARAPAN adalah, "Kalau kamu tidak mahu buat, biar saya buat".
  10. Jadi, para pemimpin UMNO jangan cepat rasa selesa. Asakan demi asakan ini akan membuatkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin perlu memenuhi kehendak rakyat iaitu meneruskan pendakwaan terhadap kes berprofil tinggi dan pastikan mereka ke penjara. Barangkali inilah senjata rahsia. The tiger is back on business. Watch out!


Rabu, 26 Februari 2020

UMNO dan PAS Tidak Lagi Boleh Dipercayai

Nah? Betul2 terjadi. Ada hasrat untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Ini didedahkan oleh Tan Sri Annuar Musa usai perjumpaan Dato' Seri Ahmad Zahid dengan Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia.
Tetapi, UMNO dan PAS memilih untuk berpegang kepada paksi kesombongan apabila dapat tahu kerajaan yang nak ditubuhkan adalah berdasarkan sokongan ahli dewan rakyat secara individu. UMNO dan PAS bertegas mahu diambil secara "en bloc" jika mahu membawa wakil rakyat UMNO dan PAS bersama di dalam kerajaan.

Ini bermakna, kalau nak tarik seorang, kena tarik semua. Kena tarik Najib, Ku Nan, Azeez Rahim dan semua kleptokrat yg ada kes mahkamah untuk bersama2 tubuh kerajaan. Semalam, UMNO dan PAS menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri setelah mendapat tahu mereka tidak diambil secara "en bloc".


Mengecewakan! Muafakat Nasional bukan pejuang rakyat. BUKAN!!!


Mereka berjuang untuk membebaskan kleptokrat. KHALAS!!!

Selasa, 3 Disember 2019

KISAH DI SEBALIK PERJANJIAN DAMAI HATYAI

Baru-baru ini, kecoh diperkatakan tentang abu Chin Peng yang dibawa pulang ke Malaysia. Kenyataan demi kenyataan yang tidak senang dengan perkara ini mendapat perhatian Dato' A. Kadir Jasin, bekas wartawan veteran Utusan Melayu, blogger dan kini adalah Penasihat Komunikasi Strategik Perdana Menteri Malaysia. Dato' A. Kadir Jasin meminta supaya rakyat Malaysia lebih banyak membaca daripada terus membangkitkan isu abu Chin Peng dan menjadikan ia isu hangat. Boleh rujuk di sini. 

Kenyataan Dato' A. Kadir Jasin ini sebagai menyokong kenyataan Tan Sri Rahim Noor iaitu bekas Ketua Polis Negara yang terlibat di dalam Rundingan Damai Hatyai 1989 sebagai Pengarah Cawangan Khas PDRM. Rujuk sini.

Oleh itu, di sini juga dipetik ulasan dan beberapa kronologi yang ditulis di dalam blog Soscili.My berkaitan Kisah Di Sebalik Perjanjian Damai Hatyai. Mulakan kembara pembacaan anda di sini.

Selamat membaca...

Ikhlas,

Pendekar Tanpa Nama
(Nama watak komik Pedang Sitiawan sekitar tahun 90-an)

Isnin, 8 April 2019

LUPAKAN "STEREOTYPING" TERHADAP KAUM LAIN SELAIN MELAYU. APA YANG BELIAU TULIS, DIUNGKAP DENGAN BAIK. BACALAH!

For the last few years, I was the previous government supporter. What was it? Yes, Barisan Nasional. And, to make matters more meaningful, I was the "army" of the BN government at for the last 3 General Elections. What was the "army" called? Whatever...

Now, I chose to be with HARAPAN.

Ok, let's put my story aside. The main intention of my writing in this post is about a story (if only I could say it as a story) that is beautifully written by Liew Chin Tong.

Please read it here.

Rabu, 13 Mac 2019

"My Dog's Fault" - Tan Sri Shafee Abdullah- . Dog?

1.  Di dalam berita hari ini menyebutkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon untuk menangguhkan perbicaraan kes Dato' Sri Mappadulung kerana salah anjing peliharaannya. Kata beliau anjing peliharaannya melompat ke atasnya dan menyebabkan kecederaan kepada pergelangan tangan kirinya.

2.  Saya ketawa bila membaca berita ini kerana anjing pun berkuasa untuk menghalang perbicaraan. Begitulah hebatnya helah yang dibuat oleh pasukan pembelaan Dato' Sri Mappadulung. Dan, baru juga saya tahu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang sedap namanya ini memelihara anjing. Bukan untuk menjaga keselamatan tetapi menjadi anjing peliharaan yang bebas dalam jagaan beliau di rumah.

 3. Ini boleh memberikan persepsi yang buruk di mata masyarakat terutamanya yang berada di luar bandar kerana memelihara anjing ini taboo bagi orang Islam. Islam tetap Islam. Tak ada bezanya di bandar atau luar bandar. Seharusnya Tan Sri Muhammad Shafee ini menunjukkan contoh yang baik.

 4. Berita lanjut rujuk sini

TUN M SUDAH CABAR NAJIB PADA TAHUN 2021

Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M ...