Selasa, 3 Disember 2019

KISAH DI SEBALIK PERJANJIAN DAMAI HATYAI

Baru-baru ini, kecoh diperkatakan tentang abu Chin Peng yang dibawa pulang ke Malaysia. Kenyataan demi kenyataan yang tidak senang dengan perkara ini mendapat perhatian Dato' A. Kadir Jasin, bekas wartawan veteran Utusan Melayu, blogger dan kini adalah Penasihat Komunikasi Strategik Perdana Menteri Malaysia. Dato' A. Kadir Jasin meminta supaya rakyat Malaysia lebih banyak membaca daripada terus membangkitkan isu abu Chin Peng dan menjadikan ia isu hangat. Boleh rujuk di sini. 

Kenyataan Dato' A. Kadir Jasin ini sebagai menyokong kenyataan Tan Sri Rahim Noor iaitu bekas Ketua Polis Negara yang terlibat di dalam Rundingan Damai Hatyai 1989 sebagai Pengarah Cawangan Khas PDRM. Rujuk sini.

Oleh itu, di sini juga dipetik ulasan dan beberapa kronologi yang ditulis di dalam blog Soscili.My berkaitan Kisah Di Sebalik Perjanjian Damai Hatyai. Mulakan kembara pembacaan anda di sini.

Selamat membaca...

Ikhlas,

Pendekar Tanpa Nama
(Nama watak komik Pedang Sitiawan sekitar tahun 90-an)

Isnin, 8 April 2019

LUPAKAN "STEREOTYPING" TERHADAP KAUM LAIN SELAIN MELAYU. APA YANG BELIAU TULIS, DIUNGKAP DENGAN BAIK. BACALAH!

For the last few years, I was the previous government supporter. What was it? Yes, Barisan Nasional. And, to make matters more meaningful, I was the "army" of the BN government at for the last 3 General Elections. What was the "army" called? Whatever...

Now, I chose to be with HARAPAN.

Ok, let's put my story aside. The main intention of my writing in this post is about a story (if only I could say it as a story) that is beautifully written by Liew Chin Tong.

Please read it here.

Rabu, 13 Mac 2019

"My Dog's Fault" - Tan Sri Shafee Abdullah- . Dog?

1.  Di dalam berita hari ini menyebutkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon untuk menangguhkan perbicaraan kes Dato' Sri Mappadulung kerana salah anjing peliharaannya. Kata beliau anjing peliharaannya melompat ke atasnya dan menyebabkan kecederaan kepada pergelangan tangan kirinya.

2.  Saya ketawa bila membaca berita ini kerana anjing pun berkuasa untuk menghalang perbicaraan. Begitulah hebatnya helah yang dibuat oleh pasukan pembelaan Dato' Sri Mappadulung. Dan, baru juga saya tahu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang sedap namanya ini memelihara anjing. Bukan untuk menjaga keselamatan tetapi menjadi anjing peliharaan yang bebas dalam jagaan beliau di rumah.

 3. Ini boleh memberikan persepsi yang buruk di mata masyarakat terutamanya yang berada di luar bandar kerana memelihara anjing ini taboo bagi orang Islam. Islam tetap Islam. Tak ada bezanya di bandar atau luar bandar. Seharusnya Tan Sri Muhammad Shafee ini menunjukkan contoh yang baik.

 4. Berita lanjut rujuk sini

Khamis, 28 Februari 2019

Armada BERSATU Mesti Nyatakan Pendirian Berhubung Isu Penghinaan Terhadap Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

1. Seperti dilaporkan oleh Malaysiakini di https://www.malaysiakini.com/news/465435 , Pemuda
    UMNO dan PAS bersedia untuk berhimpun pada bila-bila masa jika tindakan sewajarnya tidak
    diambil terhadap individu yang menghina Nabi Muhammad S.A.W baru-baru ini.

2. Situasi ini mengundang perhatian umum terhadap langkah yang akan diambil oleh Angkatan
    Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Adakah Armada akan bersatu
    hati bersama Pemuda UMNO dan PAS dalam isu ini atau mengambil sikap tunggu dan lihat.

3. Mengambil kira sensitiviti penganut agama Islam di mana Islam adalah Agama Persekutuan
    bagi Malaysia, dan perintah Allah S.W.T tentang "La kum di nukum waliyadeen",
    sepatutnya Armada bangkit membantah tindakan orang bukan Islam yang menghina
    Rasullullah S.A.W. Islam sendiri menghalang penganutnya menghina agama lain melalui ayat
    di atas yang bermaksud "bagi kamu agama kamu, bagi-Ku agama-Ku".

4. Jadi umat Islam tidak perlu bertolak ansur dalam isu penghinaan terhadap Islam. Golongan
    Kafir Harbi ini perlu diingatkan sentiasa bahawa sensitiviti agama Wajib dihormati walau apa
    cara sekalipun. Sensitiviti agama ini tidak tertakluk di bawah apa jua jenis pertikaian hak asasi.
    Ia milik umat Islam dan penganut agama lain mesti "Back off"!

5. Bangkitlah Armada BERSATU! Nama baik kekasih Allah S.W.T sedang dipermainkan. Selaku
    pertubuhan anak muda yang berada di dalam Kerajaan, suara Armada lebih penting untuk
    menjentik tindakan lanjut daripada Kerajaan lebih daripada suara kumpulan pemuda yang lain.
    Dalam isu ini, ideologi politik mesti diketepikan terus, bergabung atas nama Islam dan kembali
    menggerunkan lawan. Allahuakbar!

Khamis, 6 Disember 2018

Get rid of ‘bangsa’, ‘agama’ in MyKad to achieve unity, says critic


1.    Ini adalah tajuk yang digunakan oleh portal Free Malaysia Today pada 2 Disember 2018 yang lalu. Apa yang jadi persoalannya bukan tajuk tu, tetapi isinya. Ia tentang Mariam Mokhtar yang menegaskan perlunya klasifikasi atau identiti kaum termasuk agama ditiadakan di dalam Kad Pengenalan. Anda setuju? Jawapan saya mudah. TIDAK. 









https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/12/02/get-rid-of-bangsa-agama-in-mykad-to-achieve-unity-says-critic/


Sabtu, 20 Oktober 2018

Pendakwaan Terpilih? Itu kata Ketua Puteri UMNO


Hari ini umum mengetahui yang Presiden UMNO telah dituduh dengan lebih 30 tuduhan melibatkan penggubahan wang haram, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Ketua Puteri UMNO memilih untuk berkata bahawa Kerajaan sebenarnya mahu mengalihkan perhatian rakyat kepada kegagalan Kerajaan untuk memenuhi janji Manifesto.

Jika kita amati dengan teliti, YAB Perdana Menteri tidak pernah memberi apa-apa kenyataan tentang siasatan ke atas YB Presiden UMNO.

Keadaan ini berbeza dengan Najib dulu yang selalu menyebut tentang rancangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung tragedi Memali dan telah pun melengkapkan siasatan daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kes Forex yang berlaku 30 tahun lalu.

Pendakwaan terpilih? Stop it Datuk Zahida, stop it!

Khamis, 6 September 2018


PENDEDAHAN TUN DAIM ZAINUDDIN DI TV3


1.    Pendedahan yang dibuat oleh YABhg. Tun Daim Zainuddin  pada 6 September 2018 yang lalu boleh saya katakan sebagai penjelasan yang amat saya nantikan begitu juga rakyat Malaysia yang lain. Penjelasan mudah dan "clear cut" memudahkan pemahaman dan isu-isu yang menjadi tanda tanya selama ini dikupas dengan baik oleh beliau termasuk tentang hubungkait Jho Low dengan skandal 1MDB. 

2.    Ya Allah, semoga Malaysia akan terus dikurniakan dengan orang Melayu yang berkebolehan tinggi seperti Tun Daim bagi meletakkan agenda negara terus kekal cemerlang untuk generasi akan datang. Amin.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/470378/transkrip-penuh-temu-bual-daim

TUN M SUDAH CABAR NAJIB PADA TAHUN 2021

Temuramah kendalian Media Mulia dengan Tun M tahun lalu telah membuka ruang untuk Tun M mencabar Najib secara terbuka. Najib mendakwa Tun M ...